home Semasa Israel tangkap lebih 800 kanak-kanak Palestin pada 2018

Israel tangkap lebih 800 kanak-kanak Palestin pada 2018

 

RAMALLAH – Rejim pengganas Israel bukan sahaja menyeksa kanak-kanak Palestin ketika dalam tahanan, tetapi tidak memberikan hak pendidikan yang sewajarnya diperolehi mengikut hak asasi manusia antarabangsa.

Jawatankuasa tahanan Palestin, Addameer berkata, berdasarkan undang-undang, kanak-kanak Palestin, termasuk mereka yang berada dalam tahanan mempunyai hak untuk mendapat pendidikan, namun dinafikan di penjara Israel.

“Kanak-kanak Palestin biasanya mempunyai kelas 20 jam seminggu, berbanding purata 35 jam di sekolah biasa, tetapi kebanyakan masa pembelajaran di penjara tidak memenuhi waktu silibus yang sepatutnya,” kata Addamer dalam satu kenyataan.

 

 

Mengulas lanjut, Addameer mendedahkan, lebih daripada 800 kanak-kanak Palestin dari Baitulmaqdis ditangkap pada tahun 2018.

Pada September dan Disember 2018, Addameer ke Itali untuk menemubual kanak-kanak Palestin yang telah bebas dari tahanan Israel.

Hasil tembual beliau mendapati, satu per empat daripada mereka tidak menerima apa-apa pendidikan ketika dalam tahanan, manakala yang selebihnya hanya sempat belajar bahasa Arab, Matematik dan kelas bahasa Ibrani, itu pun jarang di ajar.

Pada masa sama, remaja Palestin yang ditahan di penjara berkenaan turut diharamkan untuk menamatkan sekolah menengah, walaupun tahanan melakukannya secara tidak rasmi.

“Berbeza dengan kanak-kanak warga Israel yang berada di dalam penjara, mereka mendapat pendidikan yang sempurna sehingga berjaya dalam peperiksaan matrikulasi Israel,” kata Addameer.

Justeru, Addameer menyeru masyarakat antarabangsa agar campur tangan bagi menghentikan kezaliman Yahudi yang melanggar piawaian undang-undang antarabangsa. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *