home Semasa Kanak-kanak 7 tahun maut dilanggar lari rejim zionis

Kanak-kanak 7 tahun maut dilanggar lari rejim zionis

 

RAMALLAH – Seorang kanak-kanak Palestin maut, selepas kejadian langgar dan lari oleh rejim pengganas zionis di Tebing Barat yang diduduki.

Pusat Maklumat Palestin melaporkan bahawa Tareq Zabania, 7, yang menunggang basikal ketika itu ditinggalkan sendirian, selepas dilanggar berhampiran penempatan Adora, barat kota al-Khalil (Hebron) pada Isnin.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital oleh orang awam, namun sesampainya di sana, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia.

Insiden menindas dan langgar lari warga Palestin kerap terjadi tidak kira peringkat umur dan jantina, namun ianya tidak diendahkan oleh rejim zionis, yang mengganggap kejadian berkenaan bukan di bawah tanggungjawab mereka.

Febuari lalu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan berkata, keganasan dan vandalisme penduduk haram Yahudi terhadap rakyat Palestin dan harta mereka semakin menjadi-jadi sejak awal tahun ini.

 

 

Ahad lalu, media melaporkan seorang lagi kanak-kanak Palestin, Abdul Rahman Yasser Shteiwi, 10, berada dalam kritikal dengan lebih 100 serpihan peluru berada di dalam kepalanya, akibat ditembak askar rejim pengganas zionis di wilayah diduduki di Kafr Qaddum, Tebing Barat.

Setakat ini, 70 peratus serpihan peluru berjaya dikeluarkan.

Sementara itu, media Palestin melaporkan bahawa seorang tahanan Palestin, Nassar Taqatqa, 31, telah meninggal dunia di penjara Israel pagi ini.

Arwah telah ditahan di penjara Nitzan oleh rejim zionis bulan lalu, selepas rumahnya diserbu di Beit Fajjar, di Tebing Barat.

Dua mingggu lalu, arwah telah kembali ke rumah keluarganya, namun media Wafa melaporkan arwah kekal ditahan di penjara, sementara rumah barunya dicari.

Seorang aktivis dari Bethlehem berkata, arwah dipukul sebelum dipenjarakan.

Jawatankuasa Tahanan Palestin – yang berkait dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) – menyatakan bahawa beliau sedang disoal siasat oleh rejim zionis sebelum menemui ajal dan punca kematian tidak didedahkan.

Selain itu, keluarga arwah berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum ditahan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *