home Semasa Tiga juzuk terjemahan al-Quran dalam bahasa Melanau Mukah diterbitkan

Tiga juzuk terjemahan al-Quran dalam bahasa Melanau Mukah diterbitkan

 

MUKAH – Jabatan Agama Islam Sarawak menerbitkan tiga juzuk terjemah al-Quran dalam bahasa Melanau Mukah bagi memudahkan umat Islam berbangsa itu memahami kalam ALLAH dengan lebih jelas.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha berkata, penerbitan terjemahan ini adalah selaras dengan matlamat Jabatan Agama Islam Sarawak untuk mengukuhkan lagi kefahaman masyarakat berbangsa Melanau yang beragama Islam terhadap al-Quran.

“Di samping menambahkan kefahaman, terjemahan ini juga diharapkan mampu meningkatkan lagi penghayatan dan amalan masyarakat ini terhadap tuntutan dan saranan al-Quran dalam kehidupan seharian mereka.

“Terjemahan ini juga diharapkan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat yang sentiasa cinta kepada ilmu dan menjadikannya sebagai bahan rujukan utama dalam memperluaskan pengetahuan mereka untuk mendekati masyarakat Melanau,” katanya.

 

 

Beliau berkata, buku terjemahan tersebut tidak dijual dan hanya diberikan secara percuma.

“Pada ketika ini ketika-tika buku terjemahan tersebut sudah kehabisan stok namun orang ramai yang ingin membacanya boleh berkunjung ke Pejabat Majlis Islam Bahagian Mukah,” katanya.

Terjemahan al-Quran juzuk satu hingga tiga itu berpandukan Terjemah Tapsir Pimpinan Ar-Rahman yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Ketiga-tiga juzuk dalam al-Quran ini diterjemahkan oleh Besiri Keri, Norazman Abdullah dan Muhammad Khairi Zulkifli Abdul Rahman yang mana telah diperakui oleh Panel Penterjemahan Al-Quran Majlis Islam Sarawak (Bahasa Melanau) yang disaksikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Agama Islam Sarawak, Khalidi Ibrahim serta diperakui dan disahkan oleh Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yasin. – Suara Sarawak

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *