home Semasa Dr Zakir Naik terangkan kebenaran Islam, bukan perpecahan: Mufti Pahang

Dr Zakir Naik terangkan kebenaran Islam, bukan perpecahan: Mufti Pahang

 

TIDAK sempurna iman seseorang itu sekiranya tidak mengasihi umat Islam lain kerana dalam agama kita diseru membuat kebaikan demi keamanan dan perpaduan.

“Sebagai negara Islam, kenapa kita tidak boleh menyampaikan ajaran Islam sedangkan ia diperintah Allah SWT manakala Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruhnya,” kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Beliau mengulas mengenai isu kontroversi membabitkan penceramah bebas, Dr Zakir Naik mengenai tindakan segelintir pihak mahu dia diusir serta merta dari negara ini kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina penganut agama Hindu.

Katanya, agama Islam bukan agama memecahbelahkan perpaduan sebaliknya mengajak kepada kebaikan dan keharmonian.

“Sebagai seorang pendakwah, Dr Zakir mempunyai kelebihan tersendiri kerana dengan dakwahnya mampu menarik ramai bukan Islam memeluk Islam.

“Ia menyebabkan orang bukan Islam marah dan tidak berpuas hati dengan tindakannya. Kenapa kita perlu menghalang dia berdakwah untuk menyebarkan Islam kerana satu kerugian sekiranya menghalang dia menyebarkan syiar Islam.

“Saya tidak setuju dengan segelintir pihak mahu mengusir Dr Zakir kerana dia bukan memecahbelahkan perpaduan, sebaliknya menerangkan kebenaran Islam,” katanya ketika dihubungi.

Selasa lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipetik berkata, Malaysia tidak boleh mengusir Dr Zakir kerana wujud ancaman bunuh terhadap penceramah kontroversi itu.

Abdul Rahman berkata, hanya ajaran agama Islam saja diterima Allah SWT berbanding agama lain di dunia.

 

 

“Mereka yang mempunyai ilmu agama sekiranya tidak menyebarkan kebenaran mengenai Islam dianggap berdosa dan dilaknat Allah SWT.

“Islam juga tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk memeluk Islam kerana ia agama berteraskan kepada kepercayaan dan keyakinan dari hati seseorang itu,” katanya.

Menurutnya, Pahang tidak pernah menyekat Dr Zakir untuk berdakwah di negeri itu asalkan mengikut syarat ditetapkan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP).

Sementara itu, pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, kerajaan perlu mengambil serius isu perpaduan kerana ia ibarat sudah ‘mati’ sejak tahun lalu.

“Perpaduan kita sudah tercabar dan jika dibiarkan akan menjadi lebih parah. Lebih malang lagi apabila menteri Kabinet sendiri mencemarkan soal perpaduan ini apabila meminta Perdana Menteri mengusir Dr Zakir dari Malaysia.

“Kebebasan suara memang bagus tetapi sehingga menggugat keharmonian kaum lain ia sudah dianggap keterlaluan. Kerajaan kena kawal dan mengambil tindakan kepada mereka yang mencetuskan isu perkauman,” katanya. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

10 thoughts on “Dr Zakir Naik terangkan kebenaran Islam, bukan perpecahan: Mufti Pahang

  1. Hope that Dr Zakir Naik, Will stay in Malaysia until the end. May Allah bless the whole Malaysia with islamic intelligent around like DZN.

  2. DZN must stay in malaysia as he is a very knowledgeable religious daie while others who want him out are purely ignorants.

  3. Tdk ada yg salah dgn Zakir Naik, persoalan orang mau masuk Islam itu karena Rahmad Allah dan dia tdk pernah memaksa siapapun, adapun agama lain yg merasa terusik karena mereka tdk mampu meyakini dgn baik ajaran agamanya kepada umat2nya, dan ajaran agama mereka sdh tdk mampu meyakinkan pemeluknya yang ingin menggali lebih dalam kebenaran ajaran yg pasti buntu diakhirnya. Jgn takut dan hal yg begini mesti dihalau, sebab kebenaran adalah hak azasi dan fitrah semua manusia.

  4. Don’t border what non Muslim says. Let us unite and protect him. DZN is really an inspiration to all Muslims. Kafir want him down. May Allah bless him and he can continue his goals and our goals to get more non Muslim to become Muslims. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar

  5. Kenapa semua mufti tidak boleh bersatu dengan satu suara bersama menyokong Tun M mempertahankan DZN tinggal di Malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *