home Kalam Tokoh, Semasa Islam, Melayu dan Raja adalah paksi dasar negara Malaysia

Islam, Melayu dan Raja adalah paksi dasar negara Malaysia

 

SETIAP negara mempunyai suatu paksi dasar (groundrules) yang menjadi dasar (underpinning) pembentukannya. Ia umpama tiang yang tidak boleh dibuang. Jika dibuang, ia akan membawa kepada ketidakstabilan binaannya.

Dalam konteks Malaysia, paksi dasar ini adalah Islam, Melayu dan Raja. Sesungguhnya Malaysia ini tidak akan stabil, aman dan tenteram tanpa kita menjadikan tiga asas utama ini sebagai pasak negara. Sesiapa yang enggan menerima ketiga-tiga perkara ini, tanpa mengira apa juga bangsanya dan agamanya ialah pengkhianat negara.

Mereka tidak seharusnya dibenarkan untuk tinggal di Malaysia, apatah lagi untuk mendapat kerakyatan. Menjadi prioriti pemimpin politik, para agamawan dan mereka yang berada di koridor kekuasaan (corridor of power) untuk memastikan setiap rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama menjunjung tinggi perkara ini.

 

 

Rakyat pula harus memastikan bahawa mana-mana pemimpin yang menolak, atau cenderung untuk menolak perkara ini, DIBUANG sejauh-jauhnya di dalam pilihanraya.

Sepatutnya, setiap warganegara mesti diajar secara bersilibus dan tersusun berkenaan dengan perkara ini. Ini adalah asas kenegaraan Malaysia. Amat tidak munasabah, seseorang menjadi warganegara Malaysia, tapi tak mampu untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Sepatutnya, salah satu kriteria untuk dibenarkan bertanding dalam pilihanraya, mestilah mampu bertutur dalam Bahasa Melayu.

Kita perlu desak, dengan pelbagai bentuk gesaan, termasuklah secars politik, sosial dan kemasyarakatan, bisnes dan lain-lain, agar perkara ini terlaksana. Jika ini berlaku, kita tak akan ada masalah dengan persatuan-persatuan cina seperti Dong Zong dan sebagainya.

Sudah sampai masanya kita bertindak berani, secara berani. Berani menegakkan yang sepatutnya.

Prof. Madya Dr. Aznan Hasan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *