home Semasa Turki berhasrat kurangkan ketegangan di Kashmir

Turki berhasrat kurangkan ketegangan di Kashmir

 

ANKARA – Turki kini mengikuti rapat perkembangan ‘membimbangkan’ di rantau Jammu dan Kashmir yang menjadi pertikaian antara Pakistan dan India, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan Presiden, Recep Tayyip Erdogan pada Selasa.

Kenyataan Erdogan dibuat pada Persidangan Duta-Duta ke-11 Turki yang berlangsung di Ankara, di mana para diplomat dan misi luar negara itu berhimpun setiap tahun bagi membincangkan dasar luar.

Erdogan berkata, beliau telah mendapat hasil yang memberangsangkan daripada perbualan telefon dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan pada Selasa dan bahawa Ankara akan berhubung dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi bagi meredakan ketegangan yang memuncak di rantau itu.

 

 

India pada Isnin memansuhkan status istimewa yang diberikan kepada negeri yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam itu, yang memberikannya autonomi sebagai pertukaran menyertai kesatuan India selepas kemerdekaan pada 1947.

Peruntukan itu membolehkan Jammu dan Kashmir menggubal undang-undangnya sendiri dan tidak membenarkan orang asing menetap dan memiliki tanah di wilayah itu.

Rantau Himalaya itu sebahagiannya dimiliki India manakala sebahagian lagi oleh Pakistan dan dituntut sepenuhnya oleh kedua-dua negara. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *