home Semasa Khabib mengimamkan solat, netizen tersentuh hati

Khabib mengimamkan solat, netizen tersentuh hati

 

TIDAK hanya tangkas di gelanggang apabila bertemu ‘musuhnya’ bahkan atlet seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov juga dikenali sebagai seorang yang menjaga hubungannya dengan Allah.

Dalam entri seorang pengembara Islam, Dr Waleed Hakim di akaun Facebook peribadi, beliau memuat naik foto Khabib menjadi imam solat.

Foto ahli sukan ternama dunia yang berasal dari Rusia itu menjadi imam solat turut diiringi kapsyen yang menyentuh hati netizen.

Kata Dr Waleed, kejayaan yang dicapai bukan dengan hanya mencatat rekod 28-0 dalam gelanggang, namun, apa yang paling utama ialah berdiri di hadapan Sang Pencipta dan mengabdikan diri.

Dan kapsyen itu merujuk pada Khabib sebagai imam yang menyerahkan diri secara total ketika menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

“Tidak kira bagaimana kuatnya seseorang itu, sebijak atau semasyhur mana orang melihat anda, apa rekod yang anda pecah, kita semua pada akhirnya akan menjadi seorang yang lemah, dilupakan.

 

 

“Namun, apa yang paling utama ialah apa yang akan ditulis oleh malaikat untuk anda. Saya mendoakan kita semua akan mendapat catatan yang baik di tangan kanan pada hari akhirat kelak dan meraih trofi… insya’Allah,” tulis Dr Waleed dalam catatan beliau lagi.

Khabib, 30, berjaya mengekalkan kejuaraan dunia lightweight UFC di Abu Dhabi pada Ahad selepas mengalahkan Dustin Poirier selaku juara interim lightweight menerusi ‘submission’ (kuncian) pada minit 2:06 pusingan ketiga.

Keputusan pertarungan yang menentukan siapa juara sebenar lightweight ini sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib kepada 28 kemenangan tanpa kalah.

Kehebatan dan ketangkasan Khabib menjadi tumpuan peminat sukan berkenaan di seluruh dunia. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *