home Semasa UMMAH ajak rakyat solat hajat doa kes Adib dapat keadilan

UMMAH ajak rakyat solat hajat doa kes Adib dapat keadilan

 

BANGI – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengajak umat Islam di seluruh negara bersama-sama menunaikan solat hajat pada Khamis depan, mendoakan keputusan prosiding inkues anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim mendapat keadilan.

Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahaya berkata, di dalam kehangatan Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim’s First, jangan kita lupa nasib yang menimpa Allahyarham Adib.

“Jom bersama-sama menunaikan solat hajat mendoakan agar keputusan mahkamah pada 27 September ini memberikan natijah terbaik kepada keadilan.

“Keadilan kepada seorang penjawat awam yang berkorban kerana negara. Keadilan untuk keluarga beliau yang terseksa perasaan melihat anak mereka menjadi korban politik.

“Kepada yang kelapangan mari kita sama-sama membela nasib anak bangsa kita. Andai kata bukan kita siapa lagi?,” kata beliau dalam satu kenyataan.

 

 

Untuk makluman, solat hajat anjuran UMMAH akan dilakukan selepas solat Isyak di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pada 24 Julai lalu, Mahkamah Koroner menutup prosiding inkues punca kematian Muhammad Adib selepas ia berjalan selama 41 hari.

Keputusan dibuat Koroner Rofiah Mohamad itu sekali gus menolak permohonan Pegawai Pengendali kes, Faten Hadni Khairuddin yang mencadangkan supaya seorang lagi saksi patologi dipanggil.

Dalam keputusannya itu, Rofiah berkata, mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi sedia ada.

Terdahulu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas diserang dan dipukul sekumpulan perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

One thought on “UMMAH ajak rakyat solat hajat doa kes Adib dapat keadilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *