home Semasa Waspada pihak ambil kesempatan, cuba ubah kempen Beli Produk Muslim

Waspada pihak ambil kesempatan, cuba ubah kempen Beli Produk Muslim

 

KESAN daripada tindakan sebilangan individu (dan pada hakikatnya, mereka ini adalah minoriti yang kecil) yang “terlebih semangat” atau mengambil kesempatan di atas kempen: “Utamakan Produk Muslim”, sehingga membawa kepada kempen: “Boikot Produk Non-Muslim”, maka timbullah seruan agar kempen: “Utamakan Produk Muslim” ditukar kepada slogan: “Utamakan Barangan Halal, atau “Belilah Barangan Halal” dan sebagainya.

Pada pandangan saya perubahan kempen “Utamakan Produk Muslim” ini tidak akan memberikan hasilnya jika ianya ditukarkan kepada “Utamakan Produk Halal”.

Ini adalah kerana membeli produk halal semata-mata tidak membawa kepada matlamat kempen “Utamakan Produk Muslim” iaitulah untuk menguatkan ekonomi umat Islam. Lebih 60% daripada produk halal adalah keluaran non Muslim. Jadi jika kempen ini diubah kepada “Utamakan Produk Halal”, maka aliran wang tersebut akan terus mengalirkan kepada syarikat-syarikat ini, dan bukannya kepada umat Islam.

 

 

Jadi, kita tak perlu ubah kempen “Utamakan Produk Muslim” ini, tapi dua perkara perlu dilakukan:

1. Perlu dibetulkan niat dan matlamat kempen ini. Kempen ini adalah kempen utamakan produk Muslim, bukannya kempen boikot barangan non Muslim. Kita perlu lihat kepada promoter asal kempen ini iaitulah NGO UMMAH dan PPIM. Kempen mereka jelas. So, stick to the original campaign, tak perlu ubah, kerana sebarang perubahan ke atas kempen ini, tak akan serve the original purpose of the campaign, iaitulah menguatkan ekonomi umat Islam.

2. Perlu betulkan dan nasihatkan mereka yang terlajak “ghairah” sehingga melupakan matlamat asal. Kepada mereka yang mengambil kesempatan pula, kita kena betulkan mereka, dan sedarkan orang lain, bahawa mereka ini bukanlah suara promoter kempen ini. Promoter adalah NGO UMMAH dan PPIM. Jadi dua NGO inilah yg menjadi penafsir kepada kempen tersebut, bukan orang yang cuba hijack dan ambil kesempatan. Adapun mereka yang bersikap sinis, biarakn mereka. Mereka ini amat minoriti, bahkan kadang-kala nak tergelak tengok sinisan mereka. Kadangkala, kesianpun ada.

So, stick to the campaign dan perbetulkan mereka yang terlebih semangat atau terlajak.

Dr. Aznan Hasan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

One thought on “Waspada pihak ambil kesempatan, cuba ubah kempen Beli Produk Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *