home Semasa Agihan zakat di Pahang hanya untuk Muslim: Mufti Pahang

Agihan zakat di Pahang hanya untuk Muslim: Mufti Pahang

 

KUANTAN – Pengagihan wang zakat di Pahang tidak akan diberikan kepada mereka bukan Muslim atau beragama Islam.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, wang kutipan zakat kekal diagihkan kepada golongan memerlukan dari kalangan mereka beragama Islam.

Menurutnya, itu keputusan yang telah dibuat meskipun ada pandangan untuk diagihkan kepada mereka bukan Islam.

“Pandangan itu (agihan wang zakat kepada bukan Islam) tidak terlalu kukuh dan dikategorikan sebagai daif serta ia boleh diperdebatkan.

“Jadi adalah lebih baik jika kita berpegang kepada keputusan bahawa wang hasil kutipan zakat tidak boleh diberikan atau diagihkan kepada orang bukan Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Kelmarin, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan bahawa golongan bukan Muslim di negeri itu layak menerima wang zakat.

 

 

Asri dilaporkan berkata, golongan bukan Islam yang layak mendapat wang zakat dikategorikan sebagai asnaf ‘muallafah qulubuhum’ atau golongan yang ingin diharmonikan sikap serta pandangan mereka terhadap Islam selain berdasarkan syarat ditentukan pemerintah.

Dalam pada itu Abdul Rahman berkata, sekiranya agihan itu mahu diberikan ia aman dibuat melalui badan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan yang menjalankan dakwah.

Beliau berkata, wang agihan zakat itu tidak boleh diberikan kepada individu bukan islam.

“Kalau tetap hendak bagi sekali pun, ia dibuat oleh NGO bagi tujuan dakwah,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *