home Semasa Undi bukan Islam adalah penyaksian dusta

Undi bukan Islam adalah penyaksian dusta

BANGI – Amir gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini menyampaikan amanat kepada pengundi Islam di Tanjung Piai, supaya memilih calon muslim yang diredai Allah.

Beliau dalam satu kenyataan kepada Ismaweb berkata, istilah mengundi dalam Islam adalah penyaksian, bermaksud pengundi apabila memangkah kertas undi menyaksikan bahawa calon tertentu paling diredai Allah SWT dari segi ilmu, takwa dan kemampuan pentadbirannya.

“Jika dia (pengundi) memilih calon bukan Islam bermaksud pengundi itu telah memberi penyaksian bahawa calon itu paling diredai oleh Allah SWT berbanding calon Islam,” katanya.

Pemimpin gerakan Islam itu turut mengingatkan sekiranya pengundi masih memilih calon bukan Islam meskipun mereka mengetahui ada calon Islam yang lebih diredai Allah dan Rasul, pengundi berkenaan telah melakukan penyaksian dusta – shahadatu azzur – yang merupakan satu dosa besar.

“Hukum mengundi tidak sama dengan melantik seperti yang dipetik daripada pandangan al-Mawardi,” jelas beliau.

Esok adalah penentu. PRK Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), calon PH, Barisan Nasional (BN), Gerakan, dan dua calon Bebas.

Calon yang akan bertanding adalah Presiden Berjasa, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz, diikuti calon PH, Karmaine Sardini; calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng; wakil Gerakan, Wendy Subramaniam; calon Bebas, Dr Ang Chuan Lok; dan Faridah Aryani Abdul Ghafar. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *