home Semasa 11 termasuk kanak-kanak maut di Syria

11 termasuk kanak-kanak maut di Syria

 

ALEPPO – Sekurang-kurangnya 11 orang awam, termasuk lapan kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara dan bedilan artileri di sebuah sekolah wilayah Aleppo, barat laut Syria.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) melaporkan pada hari Isnin bahawa serangan berlaku di kota Tal Rifaat yang dikawal Kurdish ketika para pelajar meninggalkan bangunan dan menyebabkan 21 yang lain cedera.

Ketua Pemantau, Rami Abdel Rahman, berkata, kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan itu telah berpindah dari wilayah barat laut Syria Afrin, yang dikuasai tahun lalu oleh tentera Turki.

Bandar strategik Tal Rifaat terletak kira-kira 20 kilometer di selatan sempadan Turki dan telah menjadi tempat pertembungan biasa antara tentera yang disokong Turki dan anggota militan Kurdish dari Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG).

 

 

Ankara memberi amaran tahun lepas untuk melancarkan serangan balas sempadan untuk menawan Tal Rifaat selepas mengambil Afrin dari militan YPG yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS).

Rusia, pada bulan Oktober bersetuju untuk bekerjasama dengan Turki bagi menghapuskan YPG dari Tal Rifaat, tetapi Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada awal November berkata bahawa ‘kumpulan pengganas’ Kurdish masih belum meninggalkan kawasan itu. 

Pasukan Turki dan proksi mereka, iaitu bekas pemberontak Syria melancarkan serangan ke atas pasukan Kurdish di Syria pada 9 Oktober lalu.

Tindakan ketenteraan berkenaan dilakukan selepas presiden AS, Donald Trump mengarahkan pasukannya untuk berundur,  yang disifatkan Kurdish kononnya sebagai satu pengkhianatan ke atas mereka – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *