home Semasa Banjir: Masjid disaran buat solat hajat

Banjir: Masjid disaran buat solat hajat

 

KUALA LUMPUR: Semua masjid di seluruh negara disarankan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat hari ini bagi memohon supaya Allah mempermudahkan segala urusan dan mengelak sebarang kesulitan di negeri dilanda bencana banjir ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata tindakan itu perlu selepas Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan 12,131 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan; 1,106 orang di Terengganu dan 21 orang di Johor, sehingga malam tadi.

Malah, Mujahid berkata, media turut melaporkan masih ada daerah yang mencatatkan peningkatan mangsa banjir.

 

 

“Sehubungan dengan itu, saya ingin menyarankan masjid-masjid di seluruh negara melakukan solat hajat selepas solat Jumaat (hari ini) dan berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan dan mengelakkan sebarang kesulitan yang dihadapi negeri-negeri yang terbabit dengan bencana.

“Semoga Allah sentiasa memelihara negara ini daripada sebarang bencana yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, sebentar tadi. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *