home Semasa Cuci surau pada cuti sekolah

Cuci surau pada cuti sekolah

 

CHERAS – Musim cuti persekolahan hujung tahun yang panjang sudah bermula. Anak-anak pasti gembira selepas hampir setahun bersusah payah ke sekolah demi menjadi insan yang berguna.

Namun, kegembiraan cuti panjang ini mungkin bertukar kepada kebimbangan sesetengah ibu bapa terutama apabila memikirkan apa yang akan dilakukan oleh anak di rumah.

Bagaimanapun inisiatif dua budak lelaki ini mencuci surau bagi mengisi masa lapang wajar diberi pujian.

Berkongsi kisah ini, Muhammad Idham Adha b Nazri, 24, berkata, dia kebetulan bertemu dengan dua budak lelaki berusia 12 tahun dan 13 tahun di surau Al-Mukhlisin Taman Desa Baiduri, Cheras.

“Saya bekerja dengan anak syarikat telekomunikasi dan ada tugasan perlu dilakukan di surau ini.

“Ketika tiba, saya lihat ada dua budak sedang berada di dalam surau. Saya pelik, sebab seawal pagi mereka ada di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

 

 

Memandangkan pintu pagar surau berkunci, Muhammad Idham bertanyakan kepada kanak-kanak itu jika ada pintu lain untuk memasuki ke dalam surau.

“Saya tanya macam mana nak masuk pintu berkunci, namun mereka memberitahu suruh tarik je pintu pagar tu,” katanya.

Menurutnya, mereka berada di surau seawal jam 7.30 pagi bagi melakukan kerja amal mencuci surau.

Dalam pada itu, setelah kerja Muhammad Idham selesai, dia mempelawa mereka untuk menemaninya makan di sebuah kedai.

“Saya ajak mereka untuk makan tengah hari, tapi seorang je yang boleh ikut, seorang lagi balik rumah kerana ibunya sudah masak.

“Saya berasa kagum dengan mereka kerana mengambil peluang sempena cuti sekolah melakukan kerja amal. Malah mereka juga beritahu, sering mengikuti program surau, masjid,” katanya terharu dengan sikap dan budi baik mereka.

Kanak-kanak itu juga dikatakan mahu menjadi bilal masjid apabila menginjak dewasa kerana itu adalah impian mereka. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *