home Semasa Zionis serang pangkalan Al-Qassam

Zionis serang pangkalan Al-Qassam

 

GAZA: Pesawat Israel melancarkan beberapa siri serangan di Semenanjung Gaza awal pagi tadi, beberapa jam selepas pejuang Hamas melepaskan tiga tembakan roket ke arah kawasan rejim Zionis.

Serangan berkenaan menjadikan dua tapak kepunyaan Briged Al Qassam sebagai sasaran, iaitu sayap tentera Hamas, selain satu lagi pangkalan Al Qassam di barat bandar Gaza.

Tiada sebarang laporan diterima setakat ini berhubung kematian atau kecederaan.

Lewat malam tadi, pejuang Palestin di Gaza melancarkan tiga roket ke arah selatan Israel.

Kesemua tiga tembakan itu bagaimanapun berjaya dipintas oleh sistem pertahanan Iron Dome, sekali gus meminda kenyataan dibuat terlebih awal bahawa dua daripada tiga roket berkenaan berjaya tiba ke sasaran.

Menurut perkhidmatan perubatan Magen David Adom, tiga penduduk di pekan Sderot, selatan Israel menerima rawatan berikutan mengalami kecederaan ringan ketika cuba mencari perlindungan sebaik siren amaran dibunyikan.

Tiada sebarang laporan terkini mengenai sebarang kerosakan.

Rejim Zionis pada 29 November lalu menyerang kedudukan Hamas di Gaza, sebagai balasan atas tembakan roket yang dilepaskan ke arah mereka sehari sebelumnya.

Hamas menguasai Gaza sejak 2007 dan Israel mendakwa, pertubuhan itu bertanggungjawab atas semua serangan roket walaupun ia sebenarnya disasarkan ke arah kumpulan militan lain.

Bulan lalu, pasukan Israel membunuh pemimpin kanan Jihad Islam di Semenanjung Gaza dan mencetuskan pertempuran selama dua hari yang meragut nyawa 36 penduduk Palestin.

Jihad Islam melepaskan 450 tembakan roket terhadap Israel, sebahagian besarnya berjaya dipintas oleh sistem pertahanan Iron Dome.

Israel terbabit dalam tiga peperangan bersama Hamas dan sekutu bersenjata mereka yang lain di Gaza sejak 2008. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

⚡️ Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

Maklumkan transaksi anda di talian berikut:
wasap.my/60129721219

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#PrayForGaza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *