home Semasa Dedah gerakan Kristianisasi di institusi pengajian

Dedah gerakan Kristianisasi di institusi pengajian

 

BANGI – Meskipun diugut, difitnah dan ditohmah namun itu semua tidak mematahkan semangat pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung untuk mendedahkan, gerakan Kristian yang bersembunyi di sebalik program keamanan.

Beliau yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) mendakwa, sejak suku ketiga tahun 2018 lagi, pihaknya telah membuat pendedahan pengkristianisasi menerusi program keamanan dan kepimpinan di institusi pengajian.

Beliau berkata, bukan itu sahaja, pihaknya kemudian turut mendedahkan nama pertubuhan di sebaliknya iaitu Unification Church (UC).

“Sekali lagi kami ditohmah dan dituduh memfitnah. Alhamdulillah. Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tindakan. NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang memiliki hubungan dengan UC dihalang melakukan sebarang program lagi di universiti.

“Kini, kami mula mendedahkan satu lagi pergerakan Kristian yang bersembunyi di sebalik program keamanan dan sekali lagi, dilakukan di institusi pengajian. Sekali lagi kami dituduh kononnya kami memfitnah, tidak menjaga nama baik dan sebagainya,” katanya menerusi Facebook

 

 

Firdaus Wong berkata, sebelum ini selama beberapa tahun pihaknya mendedahkan aktiviti Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia, namun ramai yang mengatakan mereka memfitnah dan sengaja menimbulkan polemik.

Bahkan kata beliau, tidak kurang juga ramai dalam kalangan masyarakat yang mengatakan pihaknya ‘gilakan’ publisiti.

“Bertahun-tahun kami bersabar kerana yakin akan kebenaran yang kami dedahkan demi keselamatan negara. Tahun ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat tangkapan berkaitan LTTE. Alhamdulillah.

“Insha-Allah masa akan sekali lagi membuktikan pendedahan kami bersandarkan kepada bukti yang nyata.

“Jika kumpulan pengganas LTTE kami dedahkan walaupun pelbagai ancaman terhadap harta, keluarga dan juga nyawa kami, takkan gerakan Kristian seperti ini kami tidak mahu dedahkan?,” soalnya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *