home Semasa Gaza dibedil lagi oleh Israel

Gaza dibedil lagi oleh Israel

 

RAMALLAH – Rejim pengganas Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung, didakwa sebagai membalas serangan roket semalam.

Tiada korban dilaporkan di kedua-dua belah sempadan Israel-Gaza.

Terdahulu, rejim Zionis mendakwa, sistem pertahanan udara Iron Dome memintas dua dari serangan roket yang dilancarkan dari wilayah Gaza.

 

 

Rejim itu mendakwa, dua lagi serangan roket melanda ke kawasan yang tidak berpenduduk.

Siren amaran kebakaran roket dibunyikan di beberapa kawasan kejiranan Israel berhampiran sempadan Gaza.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu, meskipun Israel sering menuduh Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas). – Ismaweb

⚡️Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

📩 Hantar resit transaksi anda ke:
wasap.my/60193357019

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#DoaUntukGaza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *