home Semasa PAKAIAN HALAL PETANDA MASYARAKAT BERTAMADUN

PAKAIAN HALAL PETANDA MASYARAKAT BERTAMADUN

 

1. SEORANG pemikir Islam pernah meletakkan tajuk bukunya sebagai “Menuju Masyarakat Islam Yang Bertamadun”. Namun, kemudian beliau menukar tajuk bukunya kepada “Menuju Masyarakat Islam”, kerana beliau sedar bahawa Islam itu sendiri adalah tamadun.

2. Hanya masyarakat yang mengamalkan Islam luar dan dalam (zahir dan batin) akan menjadi masyarakat yang bertamadun. Tamadun yang saya maksudkan adalah pencapaian potensi terbaik manusia dalam kerangka fitrah yang Allah kurniakan padanya.

3. Pakaian menutup aurat adalah satu ciri masyarakat bertamadun, kerana manusia itu fitrahnya menjaga maruah diri, cintakan kesopanan dan setia pada pasangan. Akibat arus liberalisme, fitrah ini terhakis sedikit demi sedikit, hingga manusia tak faham mengapa mereka perlu menutup aurat.

 

 

4. Sebagai pemain industri Halal, saya sokong penuh langkah “Sukan Halal” ini. Kita berusaha agar suatu hari nanti temasya sukan lebih menghormati wanita dengan menetapkan polisi “women spectators -only” pada acara gimnastik wanita, renang wanita dan lain-lain.

5. Industri Pakaian Halal ni bukan baharu. Ia dah lama diperkenalkan menggunakan nama modest fashion, iaitu pakaian yang banyak menutup tubuh. Seingat saya, ada Modest Fashion Show di MIHAS tahun lepas (tapi saya tak join la😅). Turki selalu menggunguli sektor Halal ini. Malaysia biasanya dapat kedudukan 4-6. Mungkin pereka fesyen kita belum dapat pendedahan tentang demand sektor ini.

6. Kepada mereka yang skeptik dengan usaha ini, fahamilah bahawa Islam itu satu sistem yang merangkumi seluruh aspek kehidupan, termasuklah negara, politik, ketenteraan, akhlak, ekonomi, keilmuan, aqidah, ibadah, semuanya sama penting. – FB Bilal Jailani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *