home Semasa Tahukan kita dokumen kemerdekaan 31 Ogos 1957 pun ditulis dalam Jawi?

Tahukan kita dokumen kemerdekaan 31 Ogos 1957 pun ditulis dalam Jawi?

 

BAHASA Melayu (BM) menjadi bahasa Kebangsaan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Asal tulisan BM adalah dalam tulisan jawi tetapi mengikut seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan ianya adalah tulisan rumi tetapi tulisan jawi tidak boleh dilarang dalam penulisan bahasa Melayu.

Dalam sejarah Tanah Melayu, BM ditulis dalam jawi. Lihat Batu Bersurat Terengganu, Kanun Melaka dll. Hatta residen Inggeris termasuk Raffles dan lain-lain semuanya mahir tulisan jawi.

Bahkan dokumen kemerdekaan 31 Ogos 1957 pun ditulis dalam jawi.

 

 

Tulisan jawi menjadi asas dalam pembelajaran di sekolah sehingga pada tahun 60an, Menteri Pendidikan pada masa itu memansuhkan tulisan jawi dari kurikulum pembelajaran kebangsaan. Namun ia masih diajar di sekolah kebangsaan pada tahun 70an. Masih segar dalam ingatan guru Cina mengajar jawi.

Tun Abdullah Ahmad Badawi PM ke-5 memperkenalkan JQAF di antaranya mengembalikan pembelajaran jawi secara sistematik.

Malangnya, akhbar tulisan jawi hilang dari cetakan kecuali beberapa halaman dalam Utusan Melayu. Dahulu ada sisipan jawi, online jawi tetapi sekarang entah ke mana.

Tetapi akhbar tulisan Mandarin dan Tamil masih kelihatan sehingga kini.

Di manakah akhbar tulisan jawi kita?

(Pertama kali disiarkan dalam Facebook Mohamed Azam Mohamed Adil)

-BebasNews

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *