home Semasa Tanglung bawa perpaduan, jawi bawa Islamisasi takutkan kaum lain?

Tanglung bawa perpaduan, jawi bawa Islamisasi takutkan kaum lain?

 

TUJUH Menteri Kabinet dilaporkan turun ke sebuah sekolah di Puchong untuk memberikan sokongan terhadap pemasangan tanglung setelah perhiasan Tahun Baru Cina tersebut mendapat bantahan dari netizen.

Ketika netizen mempersoalkan pemasangan perhiasan berlebihan ini, tujuh orang Menteri Kabinet sanggup turun memberikan sokongan terhadap isu ini. Tanglung dikatakan membawa kepada perpaduan.

Apa yang menyedihkan, sokongan yang sama tidak kelihatan ketika 900 SJKC membantah pembelajaran yang melibatkan elemen Jawi di sekolah. Bahkan Jawi dikatakan menimbulkan unsur Islamisasi bahkan menakutkan kaum lain.

Pada pengamatan umum, orang Melayu sebenarnya tiada masalah pun dengan perhiasan tanglung ini. Namun apabila Jawi dibantah secara besar-besar oleh DAP, MCA mahupun Gerakan, isu ini semakin menimbulkan kegelisahan.

 

 

Perhatikan betapa konsistennya DAP dan MCA membantah isu Zakir Naik, sehingga Naib Canselor UNIMAP digesa untuk dipecat. Dalam isu ini, pemimpin Muslim seakan terkulai layu. Sokongan yang ditampilkan tidak seperti menjulang pemasangan Tanglung ini.

Perhatikan isu kematian Adib. Sokongan Rahmatan menjulang tangan erat padu bersama pemimpin kuil. Nyawa seorang Muslim yang terkorban itu sehingga kini menjadi persoalan buat keluarga yang menuntut keadilan.

Adakah ini konsep Rahmatan yang ingin dibawa? Menawarkan kelunakan yang tinggi dalam isu orang lain, namun dalam isu yang memburukkan Islam, kita seakan layu, diam seribu.

Semoga Allah membantu kita mempertahankan hak Islam dan Muslim.

— Dr Ahmad Sanusi Azmi ialah pensyarah kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM dan Felo Pelawat Oxford Centre for Islamic Studies -MalaysiaGazette

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *