home Semasa Zaid Ibrahim liberal, ikut Barat tolak peranan agama

Zaid Ibrahim liberal, ikut Barat tolak peranan agama

 

BANGI– Tuduhan Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Zaid Ibrahim kononnya minda orang Melayu yang terlalu bergantung kepada guru agama menyebabkan pembangunan minda agak perlahan, tidak mengejutkan.

Ini kerana, seluruh rakyat Malaysia sedia maklum mengenai pendiriannya, menerusi pelbagai penulisan dan status media sosial yang cenderung kepada gaya hidup liberal dan sekular – memisahkan agama daripada kehidupan, kata Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustazah Dr Suriani Sudi.

Beliau berkata, walau apa pun fakta sebenar dan walau seberapa banyak sekalipun kejayaan yang dicapai orang Melayu, di mata Zaid Ibrahim orang Melayu tetap mundur dan semuanya salah agama Islam. 

“Kita tidak hairan. Corak pemikiran golongan liberal seperti Zaid Ibrahim ini dilihat agak konsisten. Mereka sangat gemar menyalahkan agama untuk setiap kemunduran yang melanda. 

“Sebelum ini, salah seorang ahli G25 mengulas tentang qiamullail yang diadakan di sekolah. Kebiasaan yang cuba ditanam untuk meningkatkan disiplin pelajar seperti bangun awal, bermunajat kepada Allah dan memohon bantuan Allah dalam doa dicemuh seolah-olah membebankan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Zaid Ibrahim mencadangkan agar pengajaran kelas agama di sekolah-sekolah seluruh negara dihadkan kepada dua jam seminggu sahaja.

Dalam ciapan di laman Twitter, beliau mencadangkan demikian kerana menurutnya, minda orang Melayu yang terlalu bergantung kepada guru agama untuk ilmu pengetahuan didakwa punca pembangunan minda mereka agak perlahan.

 

 

Mengulas lanjut, Dr Suriani berkata, usaha memisahkan agama daripada kehidupan harian dengan menganggap agama membawa kemunduran seperti yang dilakukan Zaid Ibrahim adalah cara fikir Barat di waktu era kebangkitan.

“Kepercayaan agama mereka dan gereja dilihat membelenggu mereka dan menghalang kemajuan masyarakat pada ketika itu. Mereka akhirnya bangkit memisahkan kehidupan dunia daripada sudut pandang agama.

“Jelas Zaid memperlihatkan pemikirannya yang sangat terpengaruh dengan cara pemikiran Barat dan menolak peranan agama dalam pembangunan kehidupan seseorang,” katanya.

Membidas pandangan kolot Zaid, Dr Suriani berkata, perlu diingatkan kembali bahawa kegemilangan Islam suatu ketika dahulu terbukti merupakan tamadun yang memartabatkan manusia. 

“Tamadun Islam menggabungkan kehebatan akal berfikir dengan meletakkan Allah SWT sebagai Pencipta yang Maha Hebat dan sumber segala ilmu. 

“Ketika itu, para ilmuwan sains juga merupakan ilmuwan agama pada masa yang sama. Setiap tindak tanduk yang diambil dalam mengembangkan ilmu sains adalah berpandukan al-Quran dan Sunnah,” katanya.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *