Lima pengalaman unik berpuasa di luar negara

Pengalaman berpuasa di luar negara, terutama sekali di negara Barat seperti United Kingdom sememangnya menggamit memori yang istimewa. Buat yang pertama kali menempuh Ramadhan di Eropah, pasti akan merasai beberapa pengalaman yang jarang dapat ditemui di tanah air. Di sebalik kesukaran dan kesulitan menahan lapar dan dahaga di seberang, tersemat keunikan yang pasti menggamit senyuman …

Demam dan Ramadhan

  Waktu ramadhan ni, bila kita jatuh sakit, pemilihan ubat adalah sangat penting. Iyelah, kalau boleh kita nak puasa penuh, berbuka adalah jalan terakhir. Ubatan yang dipilih jika perlu, adalah ubat yg paling memudahkan, tidak membatalkan puasa. Kos pula perkara ke tiga, sebab pahala puasa ramadhan tak dapat diganti dengan duit walaupun dalam euro atau …

Ramadhan dan oncall

  Sejak mula bertugas, bulan Ramadhan masih menjadi bulan yang dinanti-nanti, tetapi mungkin pengamatan bulan ini berbeza dengan kebanyakan orang. Kalau waktu di universiti, boleh berlumba-lumba untuk tadarus, qiyam, terawih di masjid tetapi apabila mula berkhidmat cabarannya berbeza. Terus terang aku rindu untuk berterawih setiap malam. Aku rindu untuk berbuka puasa tanpa kelam kabut, membaca …

Ramadan terakhir bersama dia

  1 Ramadan Ramadan pertama “kami” bersama. Namun apakan daya, “si dia” telah hampir sebulan menjalani rawatan radioterapi di Hospital Kuala Lumpur. Memandangkan ini adalah kitaran cuti kerja suamiku, kami berdua menghabiskan masa bersamanya di hospital. Tiada selera makan. Tiada juga sisa kudrat untuk berbual sakan. Hanya senyum tawar dan kata-kata sebutir dua yang kadangkala …

Ibu, anak menyusu dan sahur

  Alhamdulillah, beberapa jam lagi tetamu agung kita setiap tahun akan tiba. Ia merupakan hadiah istimewa dari Allah S.W.T buat semua umat Islam. Setiap amalan dilipatgandakan pahala, semua pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, azab kubur diringankan, syaitan dirantai, doa dimakbulkan. Tidak cukup dengan itu, Allah kurniakan pula malam lailatulqadar, malam yang bersamaan dengan …

Bulan Ramadhan aku kembali kepada Allah

  Alhamdulilah tahun ini (jika dizinkan oleh Allah) adalah tahun ke-5 saya menyambut Ramadhan sebagai seorang muslim. Bulan ramadhan adalah bulan kegemaran saya. Selain daripada sebab ia Ramadhan, bulan ini juga bulan kelahiran semula saya pada 17 Ramadhan 1434H (25 July 2013). Alhamdulilah Allah izinkan saya kembali kepada agama-Nya pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Solat pertama …