home Tarbiah Aku redha terlepas ‘flight’

Aku redha terlepas ‘flight’

12226942_1172216659459095_3120761170986793046_n

 

Mak sudah maklum flight aku ke KB 12:50 pm hari ini.

Mengetahui diriku hendak balik KB hari ini, mak masak beraneka lauk dan sayuran. Minuman pun special dari kebiasaan. Semua yang dimasak adalah di antara menu kegemaranku semenjak kecil. Ketika sarapan pagi pun sama.

Bila banyak jenis masakan tentutnya ambil masa panjang untuk persiapan.

Menunggulah aku sambil menemani mak, mata ku tak putus memerhati jam dinding tanpa menzahirkan sebarang keluh kesah di wajah. Cuma senyuman tak berapa nak menjadi.

Alhamdulillah siap masak dan terhidang 1210 pm.

Perjalanan dari rumah ke Subang Airport biasa ambil masa 30 minit.

Kalau aku tinggal dan tak makan langsung tentunya akan membuatkan ibu berasa kecil hati.

Kalau dah menjamah makanan pasti akan ambil masa 15 – 20 minit, sebab mak biasa akan duduk sebelah, siap tanya lagi sedap tak lauk ni, sayur ni, tambah lah lagi… dan aku yakin makan + sesi soal jawab, mesti terlepas flight.

Aku diam sahaja dengan senyuman yang tak berapa menjadi, memendam keresahan sambil mengunyah dan “mencicipi” setiap sajian…

Alhamdulillah, siap makan, basuh pinggan dan tangan, salam dan peluk cium mak 1230pm.

Seperti dijangkakan aku sampai airport 1300pm (ambil masa 30 minit). Terlewat 10 minit jadual penerbangan 1250pm.

Kesimpulan :

Tiket flight boleh beli lagi, duit boleh dicari …

Tapi kasih sayang ibu… tidak boleh dibeli, bahkan tiada galang gantinya…

Mak tak tau pun aku tertinggal flight.. tak nak mak rasa sedih jika dia tau.

Aku puas hati dan redha, tiada rasa terkilan terlepas flight.

Alhamdulillah, ada tiket flight firefly 1730pm promosi deepavali murah…

Seat sebelah Dr Azizan Osman pakar motivasi usahawan.

Nak selfie dengan pakar motivasi tadi segan pulak…

Tengah sedih pun ya juga teringatkan kesungguhan seorang ibu siapkan masakan untuk anaknya sehingga seakan-akan terlupa bahawa aku perlu bergerak ke airpot selewat-lewatnya 1200pm.

Sekian perkongsian ‘Kasih Sayang Seorang Ibu.’

Ustaz Abdul Rahman Iskandar
NYDP ISMA Kota Bharu
11/11/15

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *