home Semasa JAIS beri amaran tegas kepada pengikut Syiah

JAIS beri amaran tegas kepada pengikut Syiah

12046759_1163456220335139_2818961439369298159_n

 

JAIS beri amaran tegas kepada pengikut Syiah

Pengikut Syiah di Selangor diberi amaran mereka bakal berdepan tindakan tegas jika terus mengamalkan ajaran itu kerana ia jelas bercanggah daripada Islam yang sebenar.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata keputusan itu selaras dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 Oktober 2013 bahawa fahaman tersebut menyeleweng daripada ajaran Islam mengikut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Mana-mana individu yang didapati mengamalkan ajaran dan fahaman Syiah boleh diambil tindakan kerana melakukan kesalahan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda atau hukuman penjara,” katanya dipetik portal Bnbbc.my.

Katanya, JAIS akan terus memantau kegiatan penganut fahaman Syiah menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama pada sambutan Hari Karbala, acara yang disambut oleh penganut Syiah pada 10 Muharram.

Haris berkata, terdapat 22 elemen yang dikenal pasti terkandung dalam fahaman Syiah dan diwartakan menyeleweng oleh jawatankuasa berkenaan.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan pengikut fahaman itu untuk segera membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1800-88-2424 untuk tindakan lanjut.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/10/jais-beri-amaran-tegas-kepada-pengikut-syiah/

text gambar

One thought on “JAIS beri amaran tegas kepada pengikut Syiah

  1. Assalamualaikum tuan
    Sila senaraikan 22 elemen yang menyelewng itu sepaya menjadi iktibar dan sesmpadan ummah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *