home Dunia Islam Mahkamah Bangladesh kekal Islam agama rasmi negara

Mahkamah Bangladesh kekal Islam agama rasmi negara

99a6dcca-01e3-4601-8ba2-89764699c994

 

Mahkamah Tinggi Bangladesh, semalam menolak petisyen aktivis sekular yang menuntut untuk menggugurkan Islam sebagai agama rasmi negara itu.

Pengumuman keputusan menolak petisyen berkenaan ditentukan oleh barisan tiga hakim khas sebaik sahaja mereka membuka kes berkenaan tanpa membenarkan sebarang keterangan dikemukakan.

Petisyen yang pertama kali dikemukakan 28 tahun lalu itu telah mencetuskan bantahan umat Islam di seluruh Bangladesh.

Sejurus selepas mendengar keputusan, parti Islam terbesar negara itu, Jamaat-e-Islami membatalkan demonstrasi yang dirancang secara besar-besaran dan menyifatkan ia satu kemenangan bagi 160 juta penduduk Islam di Bangladesh.

Keputusan mahkamah menolak petisyen itu walau bagaimanapun dibimbangi akan meningkatkan ketegangan antara puak sekular dan konservatif di negara itu, yang baru-baru ini menjadi lebih tegang berikutan insiden pembunuhan penulis blog Ateis, pemimpin agama minoriti dan warga asing.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/03/mahkamah-bangladesh-kekal-islam-agama-rasmi-negara/

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *