home Semasa Perbuatan memukul kepala dengan rantai pada Hari Asyura

Perbuatan memukul kepala dengan rantai pada Hari Asyura

hariasyura

Syiah memakai pakaian bewarna hitam pada bulan Muharram dan Safar kerana berkabung ke atas kematian Al-Husayn. Tradisi ini telah meluas pada zaman pertarungan antara Syiah dan Tasyayyu’ iaitu apabila Syiah telah mula lahir dalam arena politik dan Islam sebagai satu kuasa yang bercita-cita untuk menjatuhkan khilafah yang memerintah pada waktu itu. Puak-puak Bani Buwaih yang memerintah di Iran dan Iraq sebagai wakil Khalifah Abbasiyah telah memainkan peranan penting dalam mengadakan perayaan pada hari-hari Asyura.

Perayaan ini kemudiannya bertukar kepada bentuk yang lebih menyeluruh, berikutnya menjadi suatu tradisi bagi kaum Syiah iaitu pada zaman pemerintahan Syah Ismail Al-Safawi. Dialah yang memasukkan Iran ke dalam tasyayyu’ yang fanatik kepada mazhabnya. Tujuan Syah Ismail berbuat demikian ialah untuk menggunakan pengaruh mazhab dalam usahanya menentang Khilafah Uthmaniyyah yang berada berhampiran dengan Iran sebagaimana yang telah dijelaskan.

Istana Syah Ismail mengiklankan berkabung selama sepuluh hari (1 Muharram hingga 10 Muharram) setiap tahun. Pada hari kesepuluh Muharram Syah Ismail menerima ucapan takziah. Di istana diadakan perayaan-perayaan khusus yang dihadiri oleh orang ramai dan Syah sendiri.

Demikianlah juga yang dilakukan oleh Syah Abbas Al-Safawi yang pertama dalam pemerintahannya lebih kurang 50 tahun lamanya. Beliau adalah Raja Safawi yang paling bijak dan kuat. Beliau memakai pakaian hitam pada hari kesepuluh Muharram, kemudian beliau melumurkan mukanya dengan lumpur kerana berkabung ke atas kematian Imam Al-Husayn. Beliau berjalan mendahului rombongan di jalan raya dengan membaca berulang kali nasyid-nasyid memuji imam dan mencela orang-orang yang membunuhnya.

Kami tidak mengetahui dengan tepat bilakah lahirnya amalan memukul bahu dan belakang dengan rantai pada hari Asyura dan bilakah pula amalan ini tersebar ke ceruk rantau negeri Syiah seperti Iran, Iraq dan lain-lain lagi. Tetapi kami tidak ragu-ragu lagi bahawa amalan memukul kepala dengan melakukannya dengan pedang kerana berkabung pada hari kesepuluh Muharram diseludup masuk ke Iran dan Iraq dari negeri India iaitu ketika penjajah Inggeris menjajah negeri-negeri tersebut. Inggeris telah mengambil kesempatan daripada kebodohan Syiah dan kecintaan mereka yang melampaui batas terhadap Imam Al-Husayn dengan mengajar mereka memukul kepala dengan pedang.

Sehingga pada waktu-waktu yang akhir ini Kedutaan Inggeris di Tehran dan Baghdad masih lagi MEMBERIKAN SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PESTA PERAYAAN AL-HUSAYN, yang menunjukkan gambaran-gambaran yang amat buruk di jalan raya serta jalan-jalan yang kecil. Tujuan Inggeris berbuat demikian iailah untuk menunjukkan sebab-sebab yang munasabah dan logik mengapa mereka menjajah negeri India dan negeri-negeri Islam yang lain.

Dr Musa Al-Musawi (Ulama’ Syiah yang bertaubat)

text gambar

One thought on “Perbuatan memukul kepala dengan rantai pada Hari Asyura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *