home Perkongsian Siyasah Perkongsian Siyasah: Projek Islam Liberal – Strategi halus menghancurkan Islam

Perkongsian Siyasah: Projek Islam Liberal – Strategi halus menghancurkan Islam

12540537_1206890539325040_4494725092441169053_n

 

Muslim Liberal adalah muslim yang dididik dengan ‘tarbiyah’ barat samada secara sedar atau tidak sedar. Mereka yang berpegang dengan fikrah liberalisme atau lebih khusus, fikrah Islam Liberal.

Liberalisme yang saya maksudkan adalah yang punyai 3 asas di bawah yang sudah makruf oleh ulama’ akan penyelewengannya :

🔸1) Kebebasan Mutlak
🔸2) Individualistik
🔸3) Rasionalisme iaitu hanya ikut logik akal semata

Perkara ini disebut oleh Syeikh Dr. Abdur Rahman As-Salmy dalam bukunya “Haqiqah Al-Liibiraliyyah wa Mauqif al-Islam minha” (Hakikat Liberalisme dan Pendirian Islam Mengenainya).

Islam liberal pula adalah salah satu cabang liberalisme (agama kristian dan yahudi turut tak terlepas dari diresapi liberalisme ni. Boleh rujuk buku “Liberal Judaism” oleh Eugene b. Borowttz).

Islam liberal mula diperkenalkan oleh Charles Kuzman dalam bukunya “Liberal Islam : A Source Book” dan Leonard Binder dalam bukunya “Islamic Liberalism : A Critique of Development Ideologies” pada 1998 tapi hakikatnya idea islam liberal sudah wujud sebelum itu lagi.

Tesis Ph.D Greg Barton di Monash Universiti (The Emergence of Neo-Modernism : A Progressive, Liberal Movement of Islamic Thought) ada sebut mengenai program Islam liberal yang berkisar tentang:

🔺1) Kepentingan kontekstualisasi ijtihad.
🔺2) Komitmen terhadap rasionaliti dan pembaharuan agama.
🔺3) Penerimaan terhadap pluralisme sosial dan pluralisme agama.
🔺4) Pemisahan agama daripada parti politik dan adanya posisi nonsektarian negara.

Tambahan, ramai sudah maklum akan RAND Corporation yang kini mempunyai ribuan pengkaji di seluruh dunia yang rata-ratanya merupakan Zionis Yahudi. Kini mereka sedang rancak menjalankan projek “Building Muslim Moderate” yang ingin melahirkan muslim liberal.

Boleh rujuk sendiri website RAND Corporation untuk tahu maklumat lanjut.

Ya. Inilah salah satu strategi barat yang sentiasa ingin menghancurkan Islam sedikit demi sedikit dengan menggunakan/membonekakan tokoh-tokoh muslim sendiri. Ia lebih ‘berkesan’. Ia bukan satu teori konspirasi, tetapi realiti, sedang pesat memakan umat ini.

Wallah A’lam 👌

Oleh: Ustaz Ahmad bin Khairuddin @
https://telegram.me/siyasahmuamalat

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *