home Semasa, Tokoh Profesor wanita Islam termuda dalam bidang teknologi

Profesor wanita Islam termuda dalam bidang teknologi

12642571_1218196108194483_6209981656768959543_n

 

Mentaliti masyarakat sering menganggap wanita sebagai kaum yang lemah. Oleh kerana pegangan dan kepercayaan itu, wanita kurang mendapat perhatian serta peluang walaupun mereka boleh melakukan lebih baik daripada golongan lelaki.

Tetapi, Islam berbeza kerana ia memberikan keistimewaan dan hak kepada wanita tanpa sebarang jurang supaya tidak terus dipandang lemah. Sekaligus menonjolkan kejayaan wanita hari ini yang maju ke hadapan sebagaimana Profesor Dr Jackie Y Ying.

Beliau merupakan salah seorang wanita Islam yang berjaya bergelar profesor muda sekaligus mengubah persepsi masyarakat yang merendah-rendahkan golongan ini. Wanita ini mendapat gelaran profesor termuda di Massachusetts Institute of Technology (MIT) pada tahun 2001 ketika beliau berusia 35 tahun.

Prof Ying mula menerima pendidikan di Sekolah Perempuan Raffles, di Singapura sebelum berpindah ke New York bersama keluarga dan menyambung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di The Cooper Union. Beliau kemudiannya menyambung ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah di sebuah universiti swasta, Universiti Princeton.

Kini, beliau berkhidmat di Singapura sebagai Pengarah Eksekutif Institut Bioengineering dan Teknologi Nano (IBN).

Kejayaannya itu mendapat pengiktirafan dan menerima banyak anugerah penyelidikan. Beliau juga telah diiktiraf sebagai Profesor Kehormat di Universiti Raja Saud (Arab Saudi), Universiti Jilin (China), Universiti Sichuan (China) dan Universiti Teknologi Nanyang (Singapura).

Prof Ying juga berjaya menghasilkan 340 penerbitan jurnal terkemuka dan mempunyai 150 paten utama yang dilesenkan oleh syarikat multinasional.

Pada 24 Disember tahun lalu, beliau dianugerah dengan Anugerah Mustafa ‘Anugerah Pencapaian Saintifik’ dan juga penyelidik teratas dalam persidangan Islam negara anggota.

Keupayaan dan kejayaan wanita ini adalah contoh terbaik kepada masyarakat supaya golongan wanita tidak lagi dihina.

Sumber: Ismaweb

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *