home Semasa Al-Quran kitab hidayah, bukan buku Sains

Al-Quran kitab hidayah, bukan buku Sains

Muhammad Azran Chan

BANGI, Jumaat – Pendakwah Bebas, Muhammad Azran Chan berkata ceramah yang disampaikan oleh pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik adalah untuk mengingatkan orang ramai bahawa kitab suci Al-Quran bukanlah sebuah buku Sains.

“Al-Quran adalah kitab yang memberikan petunjuk (Signs) kepada umat Islam, bukan sebuah buku Sains (Science).

“Malah, Al-Quran mengandungi lebih daripada 6,000 ayat (petunjuk) yang lebih bernilai daripada seribu orang yang bercakap mengenai Sains,” katanya melalui status di laman Facebooknya hari ini.

Beliau juga berkata, Dr Zakir tidak membuktikan bahawa Al-Quran adalah firman Allah SWT menggunakan pengetahuan saintifik semata- mata melainkan melalui penilaian betul atau salah yang lebih baik daripada pengetahuan saintifik.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang jelas marah dengan kehadiran pendakwah terkenal itu di negara ini.

“Hal ini terjadi kerana, hampir semua rakyat di negara ini mempercayai tuhan mereka secara membuta tuli seperti percaya dia adalah Kristian, kerana ayahnya Kristian, begitu juga agama-agama lain.

“Majoriti rakyat di dunia secara membuta tuli telah mengikuti agama yang dianuti oleh bapa mereka,” katanya.

Beliau yang juga anak didik Dr Zakir berkata, sesetengah daripada golongan bukan Muslim percaya bahawa Islam adalah agama yang tidak ada belas kasihan dan berkaitan dengan keganasan agama yang tidak memberi hak kepada wanita.

“Dalam erti kata lain, golongan ini meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang sangat terhad sedangkan gambaran yang diberikan adalah sangat bertentangan dengan konsep Islam yang sebenar,” ujarnya.

Hakikatnya, Islam adalah agama yang memberi belas kasihan kepada umatnya, memberi hak yang sama kepada perempuan dan bukan agama yang mengongkong umatnya.

“Jika saya memberikan fakta yang betul mengenai Islam, golongan bukan Islam mungkin boleh menerima agama Islam,” katanya.

Sumber : http://www.ismaweb.net/2016/04/al-quran-kitab-hidayah-bukan-buku-sains/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *