home Tarbiah Ingin tahu jangan sampai besarkan nafsu

Ingin tahu jangan sampai besarkan nafsu

read

 

Mungkin inilah hikmah nasihat tok guru Imam Syafie ketika mengajar beliau bahawa ilmu Allah adalah cahaya yang hanya diberikan kepada orang yang meninggalkan maksiat.

Terbukanya ilmu kepada seseorang walaupun hingga mencapai darjat yakin yang tertinggi (haqqul yaqin) tidak bermakna dia akan selamat daripada api neraka dan kemarahan Tuhan.

Iblis telah mengetahui kebenaran secara haqqul yaqin bahkan sudah pun berdialog dengan Tuhan, namun menjadi makhluk terlaknat hanya kerana keegoan dirinya, bukan kerana keilmuan di dadanya.

Bani Israel telah melihat laut terbelah dua, tongkat menjadi ular, ada yang disumpah menjadi kera dan khinzir kerana melanggar perintah, melihat Firaun tenggelam depan mata dengan kuasa Allah, dan bermacam-macam mukjizat para anbiyak AS daripada kalangan mereka namun masih lagi menjadi bangsa yang degil, mendustakan risalah bahkan membunuh utusan Allah.

Jadi apakah isunya mereka ini ?

“Apakah setiap kali apabila datang kepada kamu rasul dengan mesej yang tidak disukai nafsu kamu, kamu akan ego (tak terima) ? Hingga sebahagian rasul kamu dustakan, sebahagian pula kamu bunuh” – Al-Baqarah, 87

Itulah isunya. Itulah intipatinya.

Berhati-hati dalam mendahagakan ilmu, bila ia tidak diruntun dengan didikan wahyu terhadap nafsu, ilmu hanya menjadi alat, bagi memenangi tuntutan nafsu yang penuh kebatilan dan kerosakan.

Nafsu jika tidak dididik dengan tuntutan wahyu, bila makin berilmu makin pandai berhelah dan menipu.

Kita ingat makin pandai makin tinggi darjat dalam syurga, takut-takut makin cerdik makin mudah masuk neraka.

Nauzubillah min zalik.

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Calon MA Usul Fiqh Universiti Al-Azhar Kaherah

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *