home Tarbiah Manisnya ibadah tanda Allah mengingati hambaNya

Manisnya ibadah tanda Allah mengingati hambaNya

12963783_1269286769752083_5659555117513045692_n

 

Kita sebagai hamba Allah amat berhajat kepada amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah. Amalan-amalan harian yang perlu kita lakukan ialah solat, zikir, baca Al-Quran dan lain-lain. Wajibat individu muslim seharian amat banyak yang boleh kita lakukan. Tetapi sejauh manakah amalan-amalan tersebut dapat mengingatkan kita kepada Allah Taala. Kadang-kadang ia hanya sebagai amalan kebiasaan hamba kerana selalu melazimi amalan tersebut dalam tempoh yang agak lama tetapi tidak boleh merubah akhlak dan fikrah hambanya.

Kita perlu mencari impak sebaliknya terhadap amalan tersebut. Adakah ia menjadi kemanisan dalam kehidupan kita atau hanya rutin harian sebagaimana seorang pekerja keluar ke tempat kerja tetapi tidak dapat merasai apa-apa kemanisan kecuali habuan atau ganjaran harian atau bulanan yang diperolehi hasil kerja tersebut. Pekerja tersebut tidak merasa apa-apa kemanisan dari kerja yang dilakukan.

Begitu juga hubungan kita dengan Allah Taala. Banyaknya amalan kita mengingati Allah tidak semestinya sebaliknya kita terima dari Allah Taala. Ia banyak bergantung kepada sejauh mana keikhlasan kita kepada Allah dan mengharapkan keredhaan dan keampunannya.

Kita merasakan kemanisan dalam beribadah dan mengingati Allah merupakan petanda bahawa kita mengingati Allah dan Allah mengingati kita. Kita merasakan kerinduan yang tinggi apabila kita lalai dalam menunaikan amalan kepada Allah walaupun amalan tersebut adalah sunat. Kita akan bersegera untuk menunaikan amalan-amalan tersebut dan menimbulkan penyesalan yang tinggi bila kita tertinggal pada satu satu masa tertentu kerana kesibukan. Seolah-olah kita merasakan tiada ganti apa yang telah kita tertinggal untuk selamanya.

Alamat lain yang paling berharga ialah bila Allah sendiri yang akan mengingatkan kita supaya istiqamah melakukannya. Hati kita selalu memperingatkan kita dengan amalan-amalan tersebut. Kita tertunggu tunggu untuk baca Quran, zikrullah, solat dan lain-lain ibadah menandakan Allah mengingati kita. Kita dijauhkan dari maksiat. Kita suka untuk bertahajjud malam yang sepi. Kita diberi ketenangan menghadapi sebarang kesulitan. Hati kita selalu mengingati Allah dengan melakukan amalan ibadah dan kebajikan maka Allah akan menjaga kita agar berterusan dan merindui untuk melakukan kebajikan dan ibadah bermakna kita merinduii Allah dan Allah mengingati kita.

Ustaz Sharipudin Abd Kadir

text gambar

One thought on “Manisnya ibadah tanda Allah mengingati hambaNya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *