home Semasa Penyokong Selangor, Pulau Pinang bersatu di tikar solat

Penyokong Selangor, Pulau Pinang bersatu di tikar solat

bool

 

SELAYANG, Rabu – Biro Dakwah Isma cawangan Gombak, Majlis Perbandaran Selayang dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah menjayakan Kempen Jom Solat di pekarangan Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebentar tadi.

Ramai penyokong pasukan The Red Giant dan Penang Panthers yang telah sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di ruang solat yang telah disediakan.

Pengerusi Biro Dakwah Isma Gombak, Tuan Haji Abdul Samad Ashaari berkata, kempen ini membuktikan bahawa solat adalah faktor penyatu umat Islam.

“Walaupun jersi mereka berbeza, ada yang sokong Gergasi Merah, ada yang sokong Harimau Kumbang, tapi mereka boleh solat bersama-sama berjemaah dalam satu saf,” katanya.

Selain itu katanya, kempen ini telah berjaya menarik ramai anak muda menunaikan solat berjemaah sebelum mereka masuk ke dalam stadium menonton perlawanan bola.

“Antara mesej utama kempen ini ialah kita ingin menjelaskan kepada masyarakat bahawa pentingnya solat dalam kehidupan.

“Dengan tikar yang kita sediakan, begitu juga lori tangki air yang disediakan oleh pihak Syabas, tambahan pula lokasinya yang strategik iaitu di depan pintu masuk stadium, tiada lagi alasan kepada kita untuk tidak menunaikan solat berjemaah,” katanya kepada Ismaweb.

Sejak jam 6 petang tadi, kira-kira 15 orang aktivis Isma Gombak telah mengedarkan 3,000 keping risalah kempen kepada orang ramai di pekarangan stadium.

Abdul Samad yang juga Naib Yang Dipertua Isma Gombak berkata, kempen yang julung kali diadakan ini berakhir dengan solat Isyak berjemaah.

EXCO Persatuan Bola Sepak Selangor, Adnan Sarrif yang turut menyertai kempen ini berkata, kempen ini wajar diteruskan di semua stadium di seluruh negara kerana ia memudahkan orang ramai menunaikan kewajiban agama.

Malam ini Selangor bertemu dengan Pulau Pinang dalam siri perlawanan Liga Super Malaysia 2016.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/04/penyokong-selangor-pulau-pinang-bersatu-di-tikar-solat/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *