home Semasa PERWANIS seru wanita kuatkan jati diri

PERWANIS seru wanita kuatkan jati diri

perwanis-1-1024x375

 

SHAH ALAM, Selasa – Persidangan Wanita Islam Antarabangsa (PERWANIS) 2016 menyeru wanita muslimah untuk menguatkan jati diri dan bergerak secara tersusun dalam pelbagai bidang untuk menghadapi serangan pemikiran pada hari ini.

Pengarahnya, Dr Norzila Baharin berkata, keluarga Muslim disaran agar mempunyai agenda pendidikan yang meliputi semua aspek untuk memperkasakan keperibadian seluruh keluarga.

Selain itu ia juga para wanita juga perlu meningkatkan kefahaman dan pengetahuan tentang proses normalisasi yang sedang berlaku ke atas jati diri muslimah akibat serangan pemikiran Barat.

Justeru, persidangan ini memberi ruang kepada para akademik dan aktivis bersama berkongsi pengalaman dari negara masing-masing bagi membantu memperbaiki dan mengembalikan jatidiri Muslimah yang sebenar.

Antara para akademik dan aktivis yang terlibat adalah Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norsaleha Mohd Salleh, Setiausaha Majlis Penasihat Muslimat Hidayatullah Jakarta, Irawati Istadi S.SOS.I, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Shariff Ali (UNISSA), Brunei, Pengarah Urusan dan Konsultan Utama, SuChi Success Initiative Pte. Ltd. dan ramai lagi.

PERWANIS hari ini membuka tirai dengan pembentangan topik bertajuk ‘Penghayatan Akidah dan Pembentukan Peribadi Wanita Muslimah di Malaysia’ oleh Ketua Jabatan Usuluddin, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Dr Norsaleha Mohd Salleh.

Kira-kira 150 peserta hadir bagi menjayakan PERWANIS yang diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/04/perwanis-seru-wanita-kuatkan-jati-diri/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *