home Tokoh 10 strategi kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih

10 strategi kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih

Muhammad-Al-Fatih-dan-Tentera-Islam

 

Berikut merupakan 10 strategi mencakupi aspek dalaman dan aspek luaran dihasilkan Sultan Muhammad Al-Fatih selepas beliau mengamati sedalam-dalamnya punca-punca kegagalan percubaan terdahulu.

1 – Pengaruh yang Berpengaruh

Memastikan sokongan dan kesatuan sepenuhnya umat Islam terhadap hasrat Sultan Muhammad membuka Konstantinopel melalui peranan Chandarli Halil Pasya, ahli politik paling berpengaruh ke atas institusi tentera Janissaries dan Syekh Aq Syamsuddin, ulama paling berpengaruh di kalangan rakyat Turki.

2 – Pengstrukturan Semula

Melakukan penstrukturan semula sistem birokrasi dan pentadbiran negara dengan perhatian khusus kepada sektor ekonomi, dan kos perbelanjaaan yang diperlukan untuk menuju Konstantinopel.

3 – Menyamar dan Menyelidik

Sultan sendiri membuat penyamaran dan kemudiannya menghantar perisikan untuk terus menyelidik kekuatan dan kelemahan dalaman Konstantinopel, dari ketebalan tembok dua lapis dan kelemahanGreek Fire, hinggalah pada isu-isu semasa politik yang dijangka tidak memihak kepada Maharaja Konstantinopel.

4 – Wujudkan Strategi Lumpuhkan Musuh

Membangunkan 140 buah kapal perang moden, 320 buah perahu, menyediakan angkatan tentera berjumlah seramai 150,000 orang, termasuk dua belas ribu tentera Janisari yang terlatih.

Kesemua ini sebagai persiapan mengepung secara berkesan Konstantinopel dari segenap arah, memenatkan musuh dan melumpuhkan senjata mereka melalui serangan bertali arus ke atas tembok tanpa henti.

5 – Berfikir Sebelum Menghukum

Menunggu justifikasi syariah untuk menghukum Konstantinopel di samping menunggu masa, suasana, dan cuaca sebaiknya sebelum memutuskan tarikh sebenar kepungan dilakukan, supaya tidak akan berlaku sedikitpun kesilapan teknikal yang memungkinkan pengunduran semula ke Edirne.

6 – Improvisasi Hubungan

Menyemak semula hubungan sedia ada antara kerajaan Turki dengan negara-negara Eropah dan Balkan. Serta menawarkan hubungan dagangan yang lebih baik dari tawaran pemimpin Osmaniah sebelumnya.

Perhatian khusus diberikan pada negara-negara jiran dan negara-negara yang bersekutu dengan Konstantinopel, supaya mereka memihak kepada Turki atau bersikap sekurang-kurangnya bersikap neutral apabila Konstantinopel diserang.

7 – Minimumkan Talian Hayat

Memastikan Konstantinopel dipinggir dan dipencilkan dari sebarang ‘talian hayat’ dari selat Bhosporus.

Sultan Muhammad telah membina Rumeli Hissari di bahagian Eropah bertentangan dengan Anadolu Hissari di bahagian Asia dalam 149 hari sahaja.

Ia dibina untuk beliau menguasai sepenuhnya satu-satunya laluan berpotensi untuk sekutu Konstantinopel seperti Empayar Trebizond membantu Konstantinopel.

8 – Bukit Galata

Memberikan perhatian khusus pada bukit Galata dan memastikan Galata bersikap neutral sepanjang tempoh perang.

Akhirnya kawasan bukit menghadap Bhosporus ini menjadi saksi tentera Sultan Muhammad Berjaya melayarkan 70 buah kapal-kapal ringannya, di atas bukit pada jarak hampir 5 kilometer untuk berlabuh di Tanduk Emas tanpa melalui sekatan rantai Byzantin.

Artikel Berkaitan:  9 Kata-Kata Emas Tun Dr. Mahathir Untuk Rakyat Malaysia

9 – Meriam Untuk Hidangan Tembol Tebal

Mencipta 4 buah meriam gergasi dan puluhan mortar untuk meremukkan tembok tebal 10 dan 15 meter Konstantinopel.

Meriam Basilica yang terbesar mempunyai berat 1,400 paun, pelurunya seberat 300 kilogram, memerlukan 2 jam untuk memasukkan satu peluru, mampu menembak 10 das tembakan dalam sehari, jarak capaian bom sekitar 2-3 kilometer dengan bunyinya sahaja boleh didengari pada jarak 20 kilometer.

Meriam ini dibina oleh seorang non-Muslim, namanya Orban dan dipindahkan dari Edirne ke Konstantinopel pada jarak 250 kilometer tanpa diketahui musuh.

10 – Bangkitkan Semangat Tentera Allah

Memastikan spiritual tentera sentiasa berada pada tahap tertinggi. Peranan para ulama sangat besar dalam setiap battalion tentera.

Sumber: http://www.majalahniaga.com/29-mei-1453-559-tahun-pembukaan-konstantinopel.html

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *