home Semasa 51 negara Islam desak haram kumpulan LGBT masuk sidang PBB

51 negara Islam desak haram kumpulan LGBT masuk sidang PBB

 

NEW YORK, Khamis – Pertubuhan hak asasi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) disekat oleh 51 negara Islam daripada menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bakal bermula bulan depan.

Mesir, yang mewakili Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah menulis kepada Presiden Perhimpunan Agung, Mogens Lykketoft bagi membantah penyertaan 11 kumpulan LGBT itu.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah dan pegawai Kanada menulis surat kepada Lykketoft menyatakan bantahan terhadap permintaan sekatan itu oleh negara-negara Islam.

Duta AS, Samantha Power berkata, kumpulan itu dipilih menghadiri sidang PBB berdasarkan pembabitan meluas mereka dalam isu gay atau transgender.

“Memandangkan golongan transgender adalah 49 kali lebih cenderung untuk hidup dengan HIV, pengecualian mereka daripada mesyuarat peringkat tertinggi hanya akan menghalang kemajuan global dalam memerangi wabak HIV/Aids,” katanya kepada Lykketoft.

Antara kumpulan yang diharamkan termasuk Asia Pacific Transgender Network from Thailand; the Eurasian Coalition on Male Health from Estonia; dan Ishtar Men Who Have Sex With Men from Kenya.

Kumpulan lain yang turut diharamkan datang dari Guyana, Jamaica, Peru dan Ukraine.

Pada 2014, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengumumkan bahawa pertubuhan itu akan mula mengiktiraf perkahwinan sesama jenis di kalangan ahlinya dan mendapat sokongan 43 buah negara, manakala India, Mesir, China dan Pakistan berusaha membatalkan keputusan itu.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/05/51-negara-islam-desak-haram-kumpulan-lgbt-masuk-sidang-pbb/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *