home Semasa Algeria bina masjid terbesar di dunia

Algeria bina masjid terbesar di dunia

algeria-768x461

 

ALGIERS, – Algeria kini sedang membina sebuah masjid terbesar di dunia bagi tujuan memerangi ancaman puak pelampau Islam.

Selain menajdi simbol legasi Presiden Abdelaziz Bouteflika, masjid ini dijangka siap sepenuhnya menjelang 2017.

Bakal dikenali sebagai Djamaa El Djazair, masjid ini akan menempatkan dewan solat seluas 20,000 meter persegi yang mampu memuatkan sehingga 120,000 jemaah selain sebuah menara setinggi 265 meter yang dianggap tertinggi setakat ini.

Ia turut memuatkan perpustakaan dengan 1,000 buku, sekolah Al-Quran dan muzium sejarah serta kesenian Islam.

Penasihat kepada Menteri Perumahan Algeria yang bertanggungjawab dalam pembinaan projek tersebut, Ahmed Madani berkata, Djamaa El Djazair atau Masjid Bouteflika ini akan menjadi lambang kesederhanaan umat Islam di negara ini.

Katanya, kompleks masjid itu bukan sahaja berfungsi sebagai tempat beribadat, malah akan menjadi tempat pertembungan kepercayaan dan budaya Algeria.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/05/algeria-bina-masjid-terbesar-di-dunia/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *