home Semasa Hafizah ikon belia Malaysia turut jadi kebanggaan Universiti Glasgow

Hafizah ikon belia Malaysia turut jadi kebanggaan Universiti Glasgow

hafizah-2

Glasgow, 13 Mei – Kejayaan Hafizah Noor, seorang pelajar Doktor Falsafah di Universiti Glasgow yang menjadi salah seorang penyumbang kepada pembuktian Teori Gelombang Graviti turut dijadikan sumber inspirasi dan kebanggaan oleh Universiti berprolifik tersebut.

Menerusi sebuah video khas yang dihasilkan oleh pihak Universiti meneruramah Hafizah, Professor Sheila Rowan dari Institut kajian Graviti Universiti Glasgow mengatakan bahawa keputusan kerajaan Malaysia menobatkan Hafizah sebagai Ikon Belia adalah sangat membanggakan.

“Individu seperti Hafizah, seorang sangat merendah diri, adalah golongan yang akan menjadi saintis pada masa hadapan” kata Professor Sheila Rowan.

“Saya merasakan keputusan mengiktiraf sumbangan golongan muda terhadap sains adalah sesuatu yang sangat bagus kerana merekalah yang akan mengubah dunia kita” ujar beliau lagi sebagai memberi komen terhadap pengiktirafan Ikon Belia terhadap Hafizah.

Hafizah Noor yang terlibat dalam pasukan yang menyiapkan kertas kerja saintifik ‘Pemerhatian ke atas gelombang graviti daripada penggabungan dwi lubang hitam’ juga pernah menjadi kakitangan akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Ketika ditanya mengenai perasaan menerima pengiktirafan Ikon Belia tersebut, Hafizah mengatakan bahawa beliau mengharapkan anugerah tersebut dapat menjadikan beliau seorang yang lebih baik serta menjadi contoh teladan bagi belia-belia yang lain.

Laporan Haziq Abd Rahim

Video penuh boleh ditonton di sini

Sumber : ismaeropah

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *