home Dunia Islam Kematian meningkat di Aleppo akibat serangan tentera regim Bashar Asad

Kematian meningkat di Aleppo akibat serangan tentera regim Bashar Asad

REFILE WITH ADDITIONAL INFORMATION Residents run from a fire at a gasoline and oil shop in Aleppo's Bustan Al-Qasr neighbourhood October 20, 2013. Witnesses said the fire was caused by a bullet fired by a sniper loyal to Syrian President Bashar al-Assad at the Karaj al-Hajez crossing, a passageway separating Aleppo's Bustan al-Qasr, which is under the rebels' control and Al-Masharqa neighborhood, an area controlled by the regime.  REUTERS/Haleem Al-Halabi (SYRIA - Tags: DISASTER TPX IMAGES OF THE DAY)

 

ALEPPO, Selasa – Jumlah mangsa yang terkorban akibat pengeboman yang dilakukan oleh tentera regim Bashar Asad sejak 22 April lalu dilihat semakin meningkat.

Lebih 250 orang awam telah terkorban dan angka ini terus meningkat setiap hari manakala ribuan lagi terpaksa keluar menyelematkan diri.

Menara Masjid Umayyah yang dibina pada kurun ke-8 dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Unesco di Aleppo turut musnah teruk selepas terkena bedilan bom tentera. Ini kerana tentera pembebasan menjadikan kawasan itu sebagai markas dan kubu.

Menurut Pemantau Hak Asasi Syria (SOHR) pada 28 April lebih kurang 18 orang telah terkorban akibat serangan roket dan meriam ke arah kejiranan manakala 20 orang telah terkorban akibat serangan udara rejim di daerah menjadikan jumlah terkorban lebih kurang 38 orang.

Sementara itu, beberapa hashtag seperti #AleppoIsBurning dan #MakeFacebookRed telah dilancarkan oleh pengguna media sosial sebagai tanda bantahan serangan dilakukan ke atas rakyat yang tidak bersalah.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/05/kematian-meningkat-di-aleppo-akibat-serangan-tentera-regim-bashar-asad/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *