home Semasa Masjid di India simpan Al-Quran terbesar di dunia

Masjid di India simpan Al-Quran terbesar di dunia

quran

NEW DELHI, Selasa – Sebuah masjid di Gujerat, India melakar sejarah tersendiri apabila menyimpan sebuah Al-Quran bersaiz paling besar di dunia.

Berdasarkan sumber media antarabangsa, masjid berkenaan, masjid Jama telah menyimpan kitab suci itu berukuran 190.5 sentimeter panjang dan 104 lebar.

Dakwat yang digunakan untuk menulis teks Al-Quran tersebut dikatakan diperbuat daripada celak dan bulu Burung Merak. Pemisah muka surat Al-Quran pula disaluti emas.

Terdahulu, senaskhah Al-Quran yang disimpan di Masjid Qolsharif, Kazan, Russia juga pernah dianugerahkan sijil Guinness World Records kerana mempunyai Al-Quran terbesar di dunia.

Al-Quran itu dilaporkan dicetak di atas kertas Scotland, berukuran 150×200 sentimeter, mempunyai 632 muka surat dan seberat 800 kilogram.

Al-Quran itu diperbuat daripada batu malakit dan diselaputi dengan phyanite, jed, emas dan daun perak.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/05/masjid-di-india-simpan-al-quran-terbesar-di-dunia/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *