home Tarbiah Surat terbuka: Kenapa orang bekerja perlu ber’USRAH’

Surat terbuka: Kenapa orang bekerja perlu ber’USRAH’

Usrah

 

Surat terbuka ni bukan untuk Mira Filzah seorang (yang tak faham, sudah 😅). Tapi surat ini untuk sahabat-sahabat handai saya.

Andai bingkisan ini melintasi ruang timeline anda mohon luangkan dua minit untuk menghadamnya.

Aku balik Malaysia akhir bulan Ogos tahun lalu, dan mula bekerja 2 bulan selepas itu.

Aku teringat dua bulan sebelum aku jejak kaki ke tanah air tercinta, sebuah pesanan yang paling bermakna yang aku terima.

“Wan, tiga bulan pertama hang balik Malaysia, mesti, mesti cari usrah”

Aku tak tahu kenapa, tapi dua bulan waktu senggang sebelum mula kerja, aku dah mula update tentang usrah.

Minta tolong orang itu ini utk dapatkan usrah. Walaupun, aku tak berapa nak faham, pada mulanya, kenapa pesanan diatas itu yang dititipkan sebagai pesanan terakhir sebelum aku pulang ke Malaysia.

Dan sekarang, dah nak hampir 7 bulan bekerja, dan berusrah. Aku mula sedar, dan mula faham.

7 bulan bekerja sebagai auditor di sebuah firma audit antarabangsa dan dalam masa yang sama masih meneruskan perjuangan mengutip ilmu ACCA, memang betul-betul mencabar.

Balik jam 12-2 pagi itu memang dah biasa. Hujung minggu pula kelas dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

Tapi, Allah akan tetap beri peluang dan jalan untuk aku hadir usrah. Walau pun kadang-ka lambat 😅.

Pernah satu saat, aku rasa sangat stress dengan hal kerja dan belajar. Aku yakin sahabat-sahabat lain juga ada rasa yang sama. Tapi itu semua hilang seketika tatkala aku duduk dan hadir usrah.

Mendengar bait-bait kata nasihat sang murabbi, dan celoteh sahabat-sahabat berkongsi cerita.

Dari saat itu, aku tahu, aku sudah jumpa penawar utk segala keluh kesah duniawi, iaitu usrah.

Bagi orang yang bekerja, tak kira lah makan gaji or jadi boss sendiri, kadangkala kesibukan kita ini akhirnya membuatkan kita alpa.

Ambil contoh mudah, jom audit balik diri kita, berapa banyak dalam seminggu helaian Al-Quran kita belek dan baca? Dalam sebulan, tahajjud dan solat malam lain kita macam mana?

Kita bukan manusia jahat mana pun, cuma kita kadangkala sering lupa dan alpa. Dan memang fitrah manusia, memerlukan peringatan demi peringatan.

Dan aku temui jawapan dan penawarnya, iaitu usrah.

Satu pekara baru yang aku lihat dari Usrah, ialah, ia bukan mengajar untuk ahli nya tidak bekerja, bermalasan, hanya pikir akhirat sahaja. Tidak!

Aku lihat ramai yang bergelar Doktor, Ir., Cikgu, Boss, CEO pun join usrah dan mereka ini antara yang dah lama jumpa ‘penawar’ mujarab ini.

Sahabat, kita hidup tidak lama mana. Kita tak tahu pun, sampai bila Allah beri pinjam roh dan jasad ini.

Rugi, rugi kalau kita tak melaju dalam memperbaiki diri dan membeli saham-saham akhirat dengan seruan dakwah kepada kebaikan.

Dalam circle of friends saya di FB ini, saya lihat ramai yang sudah bekerja atau baru mula bekerja.

Percayalah, dan pegang kata-kata saya yang tak lah lama mana pun mula bekerja, suatu hari nanti, kau akan mula bertanya, aku bangun pagi, masuk pejabat, kejar client, meeting sana sini, kejar deadline, balik petang/malam, dan kemudian tidur dan esok ulang rutin yang sama. Semua ini untuk apa?

Sahabat, jangan tunggu, jangan tunggu saat itu tiba, cari lah usrah, dan mulalah langkah, mentarbiyyah diri sendiri, dan misi dakwah menyeru kebaikan untuk sekalian ummat.

Buat sahabat-sahabat, yang ingin tahu, atau bertanya lebih, saya jemput untuk pm inbox saya atau Whatsapp saya terus +60192484042!

Jangan bertangguh lagi.

Dari Sahabatmu,
Hazwan Mohamad
14 Mei 2015
7 Sya’ban 1437H

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *