home Semasa Tyrese Gibson belajar solat di Qatar, tanda tanya peminat belum terjawab?

Tyrese Gibson belajar solat di Qatar, tanda tanya peminat belum terjawab?

 

My first visit ever to a Mosque my heart is been beating so fast and I felt vulnerable just by walking inside – I was…

Posted by Tyrese Gibson on Saturday, May 7, 2016

 

 

Pelakon filem Fast & Furious Tyrese Gibson memuat naik satu foto yang memaparkan ruang dalam sebuah masjid di Qatar di laman sosial Facebook miliknya semalam.

Pelakon itu turut melahirkan perasaan gemuruh dan rendah diri ketika berada di dalam masjid tersebut.

Di masjid tersebut, dia telah diberikan kursus untuk mempelajari cara-cara bersolat, dedah pelakon terkenal itu dalam status yang sama.

Setakat ini, lebih 97 ribu netizen menyukai status itu dengan lebih 15 ribu netizen lagi telah menyebarkannya di laman sosial masing-masing.

Namun demikian, peminat beliau di seluruh dunia masih tertanya-tanya adakah pelakon itu telah pun mengucapkan dua kalimah Syahadah atau pun hanya dalam proses awal mendekati Islam.

Pada Jun tahun lalu, pelakon Hollywood yang terkenal dengan watak Roman Pearce dalam filem The Fast and the Furious itu telah menafikan yang beliau telah memeluk agama Islam.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-hiburan/tyrese-gibson-belajar-solat-di-qatar-tanda-tanya-peminat-belum-terjawab-104871

 

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *