home Dunia Islam, Semasa 11 maut letupan bom di Istanbul

11 maut letupan bom di Istanbul

606x340_334885

 

ISTANBUL, Rabu – Kira-kira 11 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi tercedera dalam satu siri serangan bom maut terbaru di negara itu, lapor pegawai-pegawai Turki.

Gabenor Istanbul, Vasip Sahin berkata, terdapat bahan letupan yang diletakkan di dalam kereta mengakibatkan sebuah kenderaan polis musnah berhampiran daerah pelancongan utama Istanbul, pagi semalam.

“Ia diletupkan dengan alat kawalan jauh sewaktu bas polis melalui daerah Beyazit semasa waktu puncak.

“Tujuh orang yang mati adalah pegawai polis.

“Walaupun tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, militan dari dua kumpulan di Turki kini- Daesh dan dan Parti Pekerja Kurdistan, atau P.K.K. yang sedang berperang sesama sendiri dijadikan sebagai suspek kerana telah melakukan beberapa serangan berani mati utama di kawasan bandar pada tahun ini,” katanya.

Keganasan telah melonjak di bahagian tenggara yang mana sebahagian besarnya didiami orang Kurdish di negara itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini selepas Turki menjalankan operasi ketenteraan utama untuk membasmi militan dari benteng-benteng mereka di rantau itu.

Pihak berkuasa Turki telah mengenakan perintah berkurung di beberapa bandar-bandar tenggara dan menyerang sasaran militan Kurdish dengan kereta kebal dan meriam serta mendakwa mereka telah membunuh hampir 5,000 militan.

Dalam proses itu, mereka telah memusnahkan banyak bandar-bandar Kurdish.

Semalam, Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan melawat mangsa serangan Istanbul di hospital dan berikrar untuk terus berjuang melawan keganasan.

“Biar saya jelaskan, pertubuhan-pertubuhan pengganas membezakan antara orang awam, anggota tentera dan polis tidak bermakna apa-apa kepada kami. Sasaran akhir sentiasa manusia.

“Turki tidak akan meninggalkan perjuangan menentang keganasan, “katanya kepada pemberita di luar hospital.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/11-maut-letupan-bom-di-istanbul/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *