home Semasa 500 NGO Islam rayu cadangan pindaan Akta 355 diluluskan

500 NGO Islam rayu cadangan pindaan Akta 355 diluluskan

himpunan1-768x576

 

KUALA LUMPUR, Jumaat – Gabungan 500 badan bukan kerajaan (NGO) Islam merayu kepada semua pihak sama ada orang Islam dan bukan Islam menyokong cadangan pindaan Akta 355.

Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahaya berkata, cadangan yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini selaras dengan titah Yang Di-Pertuan Agong yang meminta langkah-langkah untuk memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah dapat dilakukan.

“Pindaan ini adalah tepat pada masanya dan selaras dengan pindaan kepada Akta Mahkamah Rendah 1948 (Akta 92), Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) dan Akta Keadilan Jenayah 1953 (Akta 345) yang diluluskan pada tahun kebelakangan ini untuk meningkatkan bidang kuasa mahkamah sivil berkenaan dengan sekatan perkara sivil dan jenayah.

“Kita yakin dengan pindaan ini akan dapat membendung gejala sosial yang meluas berlaku di kalangan umat Islam,” katanya di Himpunan Aman Sokong Akta 355 anjuran gabungan NGO Islam di pekarangan Masjid Negara hari ini.

Aminuddin yang juga Timbalan Presiden Isma berkata, pihak NGO Islam menyatakan kebimbangan bahawa cadangan pindaan ini telah disalah tafsir oleh pelbagai pihak sebagai niat membuktikan pelaksanaan hudud.

“Hakikatnya, akta ini khusus untuk umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu bimbang. Justeru, kami merayu kepada semua pihak samada orang Islam dan bukan Islam untuk menerima dan menyokong cadangan pindaan akta tersebut.

“Kami juga menyarankan agar langkah segera diambil untuk membetulkan salah faham tentang pindaan yang dicadangkan dalam memastikan keharmonian kaum sentiasa terpelihara,” katanya lagi.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/500-ngo-islam-rayu-cadangan-pindaan-akta-355-diluluskan/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *