home Dunia Islam, Semasa China tetap larang Muslim Uighur berpuasa di bulan Ramadan

China tetap larang Muslim Uighur berpuasa di bulan Ramadan

Xinjiang_3121263b

 

BEIJING, Selasa – Seperti biasa, China tetap menghalang rakyatnya yang beragama Islam di wilayah Xinjiang untuk berpuasa di bulan Ramadan.

“Anggota parti, anggota kader, kakitangan awam, para pelajar dan anak-anak kecil tidak boleh berpuasa sepanjang Ramadan dan tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti agama.

“Pada bulan Ramadan, perniagaan makanan dan minuman tidak boleh ditutup,” demikian notis yang dimuat naik di laman web rasmi kota Korla di tengah Xinjiang.

Parti Komunis yang juga parti memerintah negara itu dilaporkan sudah saban tahun melarang kakitangan pemerintah dan anak-anak kecil daripada berpuasa di Xinjiang.

Mereka juga mengarahkan beberapa restoran untuk kekal dibuka.

Wilayah Xinjiang ini adalah tempat tinggal untuk lebih 10 juta penduduk yang kebanyakannya adalah muslim.

Mereka merupakan kaum minoriti Islam daripada kaum Uighur.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/china-tetap-larang-muslim-uighur-berpuasa-di-bulan-ramadan/

text gambar

One thought on “China tetap larang Muslim Uighur berpuasa di bulan Ramadan

  1. AllahuAkbar
    Semoga Allah melembutkan hati pemerintah China dan memberi hidayah kepada beliau. Dan semoga umat Muslim Uighur tetap tabah dan sabar menghadapi ujian tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *