home Semasa Greece bakal iktiraf Negara Palestin secara rasmi

Greece bakal iktiraf Negara Palestin secara rasmi

2a895736-1aa7-42d3-83b9-5494505de10f

 

ATHENS – Greece bercadang untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin, kata penggubal undang-undang dari parti pemerintah negara itu, Syriza.

Dalam pertemuan di antara delegasi parlimen Greece dari Parti Syriza dan parti politik Majlis Perundangan Palestin (PLC), penggubal undang-undang Greek mengesahkan bahawa kerajaan Athens tidak lama lagi akan mengiktiraf negara itu.

Parlimen di Greece Disember lalu, mengundi memihak kepada usul yang mengesyorkan kerajaan untuk mengiktiraf Negara Palestin.

Pengundian itu berlaku ketika sesi khas parlimen yang dihadiri oleh Pemangku Pihak Berkuasa Palestin, Presiden Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras.

Bagaimanapun, tarikh pengiktirafan rasmi belum ditetapkan lagi pada pertemuan berkenaan.

“Oleh kerana beberapa keadaan tertentu, pengiktirafan Greece ke atas negara Palestin telah ditangguhkan, tetapi akan dilaksanakan tidak lama lagi,” kata PLC dalam satu kenyataan.

Jika ia dilaksanakan, Greece akan menjadi negara Eropah kedua yang mengiktiraf secara rasmi Palestin sebagai sebuah negara selepas Sweden yang telah memberikan pengiktirafannya pada 2014.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/greece-bakal-iktiraf-negara-palestin-secara-rasmi/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *