home Dunia Islam, Semasa Jumlah terbunuh letupan di Istanbul meningkat 42, ratusan cedera

Jumlah terbunuh letupan di Istanbul meningkat 42, ratusan cedera

petas

 

ISTANBUL, Khamis – Jumlah yang terbunuh akibat serangan bunuh diri tiga penyerang di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul, meningkat kepada 42 orang, termasuk 13 warga asing, manakala 239 lagi cedera – 41 daripadanya parah.

Tiga penyerang tiba dengan sebuah teksi dan mula melepaskan tembakan di pintu masuk terminal, awal pagi semalam waktu Malaysia. Mereka kemudian meletupkan diri masing-masing.

Dalam pada Turki mengisytiharkan tiga hari berkabung, Perdana Menterinya, Binali Yildirim berkata, petunjuk awal mendapati militan IS bertanggungjawab.

Bagaimanapun, belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Penyiasat Turki masih meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), mengambil kenyataan saksi serta melihat video yang dirakam orang ramai, untuk mengenal pasti identiti penyerang.

Agensi berita Dogan berkata, bedah siasat ke atas tiga penyerang itu mencadangkan mereka mungkin warga asing, tetapi belum ada pengesahan rasmi dibuat.

Yildirim berkata, seorang penyerang meletupkan dirinya di luar terminal selepas melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan, membolehkan dua lagi memasuki terminal dan meletupkan diri mereka.

Rakaman yang disiarkan dalam mesia sosial menunjukkan seorang lelaki memasuki terminal ketika orang ramai di kelilingnya mula melarikan diri.

Dia ditembak oleh polis sebelum terjatuh di atas lantai. Kira-kira 20 saat kemudian dia meletupkan dirinya.

Menteri Kesihatan Turki, Recep Akdag berkata, 128 orang masih dirawat di hospital, termasuk warga Arab Saudi, Afghanistan, Pakistan, Uzbekistan, Ukraine dan Switzerland.

Media Turki melaporkan 13 yang terbunuh adalah warga asing atau memiliki dua kerakyatan.

Mangsa yang terbunuh ialah 24 warga Turki, Arab Saudi (lima), Iraq (dua), dan masing-masing seorang warga China, Jordan, Tunisia, Uzbekistan, Iran, Ukraine dan Palestin.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/jumlah-terbunuh-letupan-di-istanbul-meningkat-42-ratusan-cedera/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *