home Dunia Islam, Semasa Lebih 10 juta penduduk Fallujah perlukan bantuan segera

Lebih 10 juta penduduk Fallujah perlukan bantuan segera

photo_2016-05-31_13-55-45-1024x576

 

BAGHDAD, Selasa – Krisis kemanusiaan di Iraq bertambah buruk berikutan lebih 10 juta penduduk atau hampir satu pertiga populasinya memerlukan bantuan segera, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wakil PBB ke Iraq, Jan Kubis berkata, angka tersebut dilaporkan meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Katanya, angka tersebut akan meningkat dan dijangka kira-kira dua juta lagi penduduk Iraq bakal kehilangan tempat tinggal dalam tempoh beberapa bulan lagi.

“Kita sangat bimbang dengan situasi kemanusiaan di Fallujah yang kini berdepan dengan ancaman peperangan dalam usaha untuk merebut semula bandar tersebut daripada IS.

“Kumpulan pemantau mewakili Program Makanan Sedunia (WFP) mendakwa harga makanan dilaporkan semakin melambung tinggi dan kebanyakan bekalan di kedai serta rumah penduduk juga semakin berkurangan,” katanya.

Susulan itu, beliau menggesa masyarakat antarabangsa untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk di Fallujah dengan segera.

Fallujah kini berada di bawah kepungan selepas menjadi bandar pertama yang jatuh ke tangan IS pada Januari 2014.
Sepanjang tempoh itu, IS melarang penduduk Fallujah meninggalkan bandar berkenaan dan hanya beberapa laluan dibuka. Situasi itu menyebabkan krisis kekurangan bekalan makanan, bahan api serta ubat-ubatan yang serius.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/05/lebih-10-juta-penduduk-fallujah-perlukan-bantuan-segera/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *