home Semasa #MalaysiaNgaji: Satu jam bersama Al-Quran hari ini

#MalaysiaNgaji: Satu jam bersama Al-Quran hari ini

image

 

Pada hari ini, satu fenomena bakal berlaku apabila seluruh dunia akan bersama-sama membaca al-Quran secara serentak selama satu jam memalui program #MalaysiaNgaji.

Program yang diaktifkan oleh Rumah Ngaji itu buat kali kedua itu bermula pada jam 12 tengahari sehingga 1 petang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Pengerusi Yayasan Warisan Umah Ikhlas, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, program tersebut bagi menjadikan mengaji al-Quran sebagai budaya kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam di seluruh negara.

Beliau berkata, selain Rumah Ngaji  dan perpustakaan negeri di seluruh negara, acara ini juga akan disertai umat Islam yang berada di Washington,  Indonesia, Brunei, Singapura dan Makkah.

“Objektif program ini adalah untuk menjulang al-Quran sebagai landasan kehidupan dan menggalakkan masyarakat membaca al-Quran, memahami serta mengamalkan al-Quran di dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata, program di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas ini lebih tersusun dengan penyertaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dibarakan oleh Sinar TV serta Astro Oasis. “Cuba kita lihat corak kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat. Asas kehidupan baginda dan para sahabat adalah al-Quran.

“Kitab suci itu bukan setakat dibaca malah segala pengajaran dan perintah yang terdapat di dalamnya dilaksanakan dengan penuh taat,” katanya.

Beliau berkata, dalam khutbah terakhir Rasulullah SAW dalam haji wida, baginda ada berpesan:

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku.”

Abdul Jalil berkata, #MalaysiaNgaji ingin mengajak umat Islam menghayati dan memartabatkan al-Quran dalam kehidupan.

“Kita berharap #MalaysiaNgaji dapat membentuk ikatan hati untuk memartabatkan al-Quran dan kita mahu rakyat Malaysia membaca al-Quran walau di mana sahaja dengan penuh penghayatan,” katanya.

Beliau berkata, bagi individu yang tidak boleh membaca al-Quran boleh memegang dan membaca terjemahan pun memadai pada peringkat permulaan asalkan ada kemahuan untuk membaca al-Quran.

Menurut Abdul Jalil, beliau menyasarkan sejuta orang khatam al-Quran dalam tempoh sejam di seluruh Malaysia dan menjadikan #MalaysiaNgaji sebagai program tahunan.

Umat Islam yang ingin menyertai program ini boleh rujuk lokasi-lokasi yang ditetapkan atau menubuhkan kumpulan sendiri dengan menjadikan #MalaysiaNgaji sebagai trending.

“Gambar-gambar mengaji itu boleh dimuat naik ke laman Instragram, Twitter atau Facebook masing-masing,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/malaysiangaji-satu-jam-bersama-al-quran-rabu-ini-1.536946

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *