home Dunia Islam, Semasa Lagi orang awam terbunuh di Aleppo

Lagi orang awam terbunuh di Aleppo

aleppo-768x512

ALEPPO, Ahad – Tentera Syria membunuh puluhan orang awam dalam beberapa siri serangan udara di sekitar bandar Aleppo, semalam.

Serangan tersebut dilaporkan yang paling sengit dalam tempoh sebulan.

Berdasarkan sumber organisasi sukarelawan, White Helmets, sekurang-kurangnya 43 orang awam terbunuh dalam keganasan terbaru tentera Syria itu.

“Manakala 21 yang lain terkorban dalam siri serangan di beberapa kawasan di timur bandar sejak subuh,” katanya.

Selain itu, koresponden AFP berkata, lebih 12 bom tong digugurkan di daerah yang dikuasai kumpulan penentang di timur bandar itu.

Empat belas orang mati apabila bas yang mereka naiki turut menjadi sasaran pengeboman.

Dalam perkembangan sama, seorang wartawan AFP di Aleppo menyifatkan serangan bom pada hari ini adalah paling terburuk dalam tempoh lebih seminggu, dengan berpuluh-puluh bahan letupan memusnahkan sebahagian besar bahagian timur bandar berkenaan. -Agensi

Sumber : ismaweb

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *