home Semasa Penduduk Israel lancar provokasi awal Ramadan di Baitulmaqdis

Penduduk Israel lancar provokasi awal Ramadan di Baitulmaqdis

jday.06

 

BAITULMAQDIS, – Ribuan penduduk Israel menyertai perarakan sebagai tindakan provokasi awal Ramadan di kota lama Baitulmaqdis.

Perarakan itu sengaja diadakan serentak sempena ulang tahun ke-49 pencerobohan Israel ke atas Baitulmaqdis.

Sepanjang perarakan itu dilaporkan tercetus insiden pergelutan antara peserta protes dan beberapa penduduk Palestin.

Menurut saksi, kejadian itu tercetus selepas kumpulan ekstremis Yahudi bertindak melaungkan slogan provokatif mengancam untuk membakar Masjid al-Aqsa yang menjadi pertikaian di wilayah tersebut.

Selain itu, puak Yahudi semakin marah apabila arahan yang dikeluarkan supaya peniaga Palestin menutup kedai mereka tidak dihiraukan.

Dalam kejadian berasingan, kira-kira 208 pelampau Yahudi menceroboh pekarangan al-Aqsa dengan diiringi rejim Zionis.

Difahamkan, pengawal turut bertindak menghalang perbuatan biadab mereka yang cuba untuk melakukan upacara keagamaan di masjid ketiga paling suci orang Islam itu.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/penduduk-israel-lancar-provokasi-awal-ramadan-di-baitulmaqdis/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *